Terpaksa jalan kaki 7km hantar makanan, nasib ada baik hati sumbang hadiah basikal, tak buang masa terus sambung cari rezeki

VIDEO memaparkan seorang walker Foodpanda yang berjalan kaki demi menghantar makanan buat pelanggan di Kota Kinabalu, Sabah, mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Video tular itu turut meraih perhatian aktivis kebajikan terkenal, Adrian Edy, 27, yang segera menjejakinya untuk menyampaikan sumbangan pada Khamis lalu.

tetamu hotel order makanan walker jalan kaki 7km hantar tak buang masa lepas dapat hadiah basikal terus sambung cari rezeki viral mstar 63db2d3a2c390

Ketika dihubungi, anak jati Sabah yang mesra disapa Edy itu sempat bercerita mengenai detik pertemuannya dengan walker Foodpanda berkenaan.

“Minggu lepas dia berjalan kaki hantar makanan untuk pelanggan ke sebuah hotel. Pelanggan terkejut dia jalan kaki sebab jarak restoran agak jauh, dalam enam ke tujuh kilometer (km).

“Pelanggan rakam video dia sedang berjalan sebab rasa kesian. Selepas video viral, ramai tag saya supaya cari dia. Akhirnya dapat jumpa dia selepas seminggu video tu viral.

“Namanya Khairudin atau Khai, berumur 23 tahun, asal dari Semporna, tapi sekarang kerja di Kota Kinabalu,” Edy memulakan cerita.

tetamu hotel order makanan walker jalan kaki 7km hantar tak buang masa lepas dapat hadiah basikal terus sambung cari rezeki viral mstar 63db2d3a2c390

Menurut Edy lagi, pemuda berkenaan yang juga anak ketiga daripada lapan beradik gigih bekerja sejak lima bulan lalu demi menyara keluarga.

Selain membayar kos sewa bilik, pendapatannya juga turut dibahagikan dengan keluarga di kampung memandangkan bapanya sudah lama meninggal dunia.

“Dia sewa bilik RM380 sebulan di Kota Kinabalu. Baru lima bulan jadi walker. Setiap bulan dia kirim duit untuk ibu dan adik-adiknya di Semporna.

“Rupa-rupanya dia tanggung keluarga sebab ayahnya dah meninggal ketika dia umur 12 tahun,” cerita Edy lagi.

tetamu hotel order makanan walker jalan kaki 7km hantar tak buang masa lepas dapat hadiah basikal terus sambung cari rezeki viral mstar 63db2d39e48a4

Sebelum pertemuan itu, Edy juga sempat bertanya kepada Khai sekiranya dia mempunyai lesen kerana mahu menghadiahkan sebuah motosikal untuknya.

Namun kata Edy, Khai meminta agar dia memberikan basikal sahaja memandangkan dirinya belum berkesempatan untuk mendapatkan lesen memandu.

edy3

Edy aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Sabah.

“Mula-mula tu saya tanya dulu, Khai pandai bawa motor ke? Ada lesen tak? Sebab saya berniat nak bagi sebuah motor.

“Tapi dia kata bagi basikal je. Sebab dia tak tahu lagi bila nak ambil lesen. Kata Khai lagi, nak buat lesen pun mahal.

“Duitnya banyak dihantar untuk ibu setiap minggu. Lebih sayu, dia sebenarnya sedang simpan duit nak beli basikal. Tapi duit tu belum cukup lagi.

“Jadi, setiap hari dia jalan kaki untuk bekerja dari 8 pagi sampai 9 malam. Kalau lokasi tu jauh sangat, dia terpaksa order Grab pula untuk naik kereta ke rumah pelanggan,” dedah Edy.

edy2

Pertemuan penuh emosi antara Edy dan Khai pada minggu lalu.

Biarpun sudah dapat mengagak hadiah yang bakal diterimanya, Khai tetap terkejut dan beremosi tatkala Edy menyelak kain biru yang menutupi sebuah basikal baharu untuknya.

“Saya sengaja sembunyikan basikal di sebalik kain tu. Bila dia buka, terus berubah air muka Khai. Memang sedih sebab dah lama dia nak beli cuma tak mampu lagi. Nampak dia betul-betul bersyukur.

“Kemudian bila saya hulur duit belanja sikit, terus dia menangis. Lebih sayu, lepas dapat basikal tu terus dia sambung kerja, pergi hantar makanan pelanggan.

“Petang tu dia WhatsApp saya, dia kata sekarang lebih cepat hantar pesanan sebab dah ada basikal,” ujar Edy lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

Leave a Comment