Rezeki pembuka tahun 2023, Amir Raja Lawak syukur miliki Perodua Alza hasil dari usaha niaga air jagung

Pelawak Amir Raja Lawak yang popular dengan tagline ‘I’m sorry’ meluahkan kesyukuran apabila berjaya memiliki sebuah kereta baharu iaitu Perodua Alza berwarna hitam.

Baik gembira itu dikongsikan oleh Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi di laman Facebook dan Instagram miliknya, semalam.

328693194 3030672680562987 4314326097588902778 n 768x836 1

Enam bulan tunggu..

Menerusi hantaran dikongsikan, Amir yang juga seorang usahawan Air Jagung Amirreka memberitahu proses untuk mendapatkan kereta tersebut mengambil masa sehingga enam bulan.

Pun begitu, pelawak berusia 35 tahun itu tetap bersabar menanti selain individu yang menguruskan proses jualan sangatlah membantu memudahkan urusannya.

“Alhamdulillah, hari ini saya bersyukur sangat kerana dapat memiliki sebuah kereta baharu. Sebelum ini, saya pernah ada kereta baharu, tetapi terpakai sahaja.

“Hari ini, alhamdulillah saya dapat miliki kereta baharu. Terima kasih kepada Encik Din, enam bulan juga saya menunggu ini,”ujarnya.

KLIK VIDEO DISINI

Hasil rezeki air jagung dan pihak produksi

102419769 10222321507296946 5773454324484508433 n 768x835 1

Dalam pada itu, Amir juga memanjat kesyukuran kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan kepadanya selain pelanggan yang tidak putus menyokong perniagaan Air Jagung Amirreka selama ini.

“Terima kasih yang support saya beli Air Jagung Amirreka dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya,”luahnya.

Malah, pelakon filem Kecoh Hantu Raya Tok Cha turut berterima kasih kepada pihak produksi yang mempercayai bakat lakonannya untuk terus mewarnai industri seni hiburan.

Screenshot 2023 02 03 at 11.10.45 AM

Alhamdulillah, tahniah!

Rata-rata warganet termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kerana berjaya memiliki kereta baharu, selain tumpang gembira dengan pencapaian Amir selama ini.

Sumber: Instagram amirrajalawak via ohmymedia

Leave a Comment