Surah Al Mulk Pdf – Surah Al Mulk (Ayat 1-30) : Maksud & Kelebihan Mengamalkannya / Muat turun PDF
Surah Al Mulk adalah merupakan surah yang ke 67 di dalam Al-Quran. Surah ini memiliki 30 ayat dan tergolong dalam surah Makiyyah.
Surah ini dinamakan ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan) kerana pada ayat pertama surah ini terdapat perkataan “Mulk”.
Selain itu, melalui surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
Surah ini dianjurkan untuk membacanya pada setiap malam bahkan menghafalnya kerana mempunyai kebaikannya tersendiri seperti dapat menghindar daripada siksa kubur.
Download Surah Al Mulk Pdf Sini >>>> https://hamariweb.com/islam/pdfsurat/Arabic/Surah-Mulk-in-Arabic.pdf
Download Surah Al Mulk Pdf Sini >>>> https://hamariweb.com/islam/pdfsurat/Arabic/Surah-Mulk-in-Arabic.pdf
Download Surah Al Mulk Pdf Sini >>>> https://hamariweb.com/islam/pdfsurat/Arabic/Surah-Mulk-in-Arabic.pdf
Download Surah Al Mulk Pdf Sini >>>> https://hamariweb.com/islam/pdfsurat/Arabic/Surah-Mulk-in-Arabic.pdf
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Mulk
Berikut adalah antara kelebihan surah al Mulk dan mengapa kita amat dianjurkan untuk membacanya setiap malam.
1. Mendapat Keampunan Allah
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
2. Menghindar Siksa Kubur
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam.
Trending sekarang
Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
(Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890)
3. Menjadi Pembela Di Akhirat
Sabda Nabi SAW:
سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ
“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ”
(Hadis Riwayat Thabrani)
4. Mencontohi Amalan Nabi SAW
Daripada Jabir beliau berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ
“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Membaca Surah Al Mulk sebelum tidur adlaah salah satu amalan mencontohi sunnah Nabi SAW.