3 Surah Qul : Perlindungan Dan Keselamatan

3 Surah Qul – Surah 3 Qul atau juga dikenali sebagai ‘Surah Al-Muawwizat’ merujuk kepada tiga surah terakhir dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Apa itu Surah 3 Qul?

3 Surah Qul atau Surah Al-Muawwizat merupakan tiga surah terakhir dalam Al-Quran yang sangat digalakkan pembacaannya dalam kalangan umat Islam. Surah Al-Muawwizat ini terdiri daripada surah-surah berikut:

  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Nas

Surah Al-Muawwizat ini, sangat digalakkan untuk diamalkan oleh umat Islam pada bila-bila masa terutama sebelum waktu tidur.

Panduan Bacaan 3 Surah Qul Rumi Beserta Maknanya

Berikut merupakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 Surah Qul, beserta bacaan rumi dan maknanya, untuk dijadikan sebagai panduan anda ketika membaca surah Al-Muawwiza ini:

1. SURAH AL-IKHLAS

3qul-alikhlas
3 Surah Qul : Perlindungan Dan Keselamatan 5

Bacaan Rumi:

Qul Huwallahu Ahad (1)

Allahussomad (2)

Lam Yalid Walam Yuulad (3)

Walam Yakullahu Kufuwan Ahad (4)

Maksud Surah Al-Ikhlas: 

Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1)

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2)

Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3)

Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Serupa Dengan-Nya (4)

2. SURAH AL-FALAQ

3-qul-alfalaq
3 Surah Qul : Perlindungan Dan Keselamatan 6

Bacaan Rumi:

Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1)

Min Syarrimaa Kholaq (2)

Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3)

Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4)

Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)

Makna Surah Al-Falaq:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah yang menciptakan sekalian makhluk (1)

Daripada Kejahatan MakhlukNya (2)

Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3)

Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)(4)

Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)

3. SURAH AN-NAS

an-nas
3 Surah Qul : Perlindungan Dan Keselamatan 7

Bacaan Rumi:

Qul A’uuzu Birobbinnaas (1)

Malikinnaas (2)

Ilaahinnaas (3)

Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4)

Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5)

Minal Jinnati Wannaas (6)

Makna Surah An-Nas:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah, Pemulihara sekalian manusia (1)

Yang Menguasai sekalian manusia (2)

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3)

Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4)

Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5)

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)

Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal kita peroleh jika kita mengamalkan 3 Surah Qul(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) ini.

Baca Juga

Sumber

 

 

 


Shopee