Siapa ajar minum susu kena dekat tempat sejuk. Bibik garu kepala bila buka peti ais.

Siapa ajar minum susu kena dekat tempat sejuk. Bibik garu kepala bila buka peti ais.

Bila pintu peti ais dibuka, kelihatan seekor ibu kucing sedang terbaring dan menyusukan beberapa ekor anaknya. Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah gelagat ibu kucing ini terkejut apabila ditegur oleh si perakam.

Memelihara kucing dapat mengisi rasa kekosongan hari tuannya. Apatah lagi haiwan comel ini sememangnya sukakan perhatian dan sangat manja. Sudahlah comel, haiwan ini juga seakan pandai dan faham apa yang diperkatakan manusia.

Dah macam mana gayalah ibu kucing ini boleh susukan anaknya dalam peti ais. Perkongsian rakaman ibu kucing susukan anak dalam peti ais yang dimuat naik ini telah meraih lebih 460 ribu likes dan 4.4 juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen

Berikut adalah perkongsian rakaman ibu kucing susukan anak dalam peti ais yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun fitotan ini:


Menerusi satu perkongsian rakaman yang tular baru-baru ini, seekor ibu kucing susukan anak dalam peti ais telah mencuri perhatian ramai. Pada awalnya kelihatan satu individu membuat rakaman membuka pintu peti ais.

Sumber: lakarmedia

Leave a Comment