Macam tak percaya jer Seniwati Sarimah ni umur 80 tahun. Awet muda dan berseri-seri.

Beliau banyak membintangi filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti filem Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Tiga Abdul. Ianya antara filem yang masih diingati dan ditonton sehingga kini.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan seniwati lagenda Sarimah Ahmad yang merupakan salah seorang Primadona, Bintang Filem, Peragawati yang cukup terkenal lahir dari Studio Jalan Ampas. Beliau cukup terkenal semasa zaman kegemilangan filem hitam putih dan telah menjayakan lebih 40 filem yang menjadi malar segar sehingga ke hari ini.

279047166 534379681392793 6756053494323456247 n.jpg

Walaupun beliau selesa dalam keadaan demikian, beliau tetap menjadi perhatian media massa dan menjadi tumpuan lensa yang amat merindui sosok seniwati lagenda ini. Kali terakhir beliau tampil di kaca tv adalah dalam filem Momok The Movie yang ditayangkan pada tahun 2009, itupun hanya sebagai penampilan khas.

sddefault.jpg

Arus masa terus bergerak meninggalkan kita, zaman gemerlapan Dato Sarimah ini hanyalah tinggal kenangan, mengiringi usia yang semakin meningkat, beliau telah lama meninggalkan dunia glamour dan lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang biasa yang sederhana dan tidak menjadi tumpuan orang. Beliau kini bahagia dengan anak dan cucu kesayangan beliau.

Pada majlis anugerah tersebut, beliau tidak dapat hadir,beliau telah diwakili oleh anak perempuannya. Sumber Finas memaklumkan, Dr Md Nasir Ibrahim telah menyerahkan sendiri secara rasmi Trofi tersebut kepada Seniwati Sarimah Ahmad.

319518384 459493609678507 6157482482170662244 n.jpg

Dari sumber Bebas News ” Saya amat berbesar hati apabila dapat berjumpa dan menyerahkan trofi ini kepada Dato Sarimah. Beliau adalah seniwati yang telah memberi sumbangan dalam mewarnai industri perfileman tanah air sejak 61 tahun yang lepas, beliau bermula dalam filem pertamanya Ali Baba Bujang Lapok, saya sangat menghormati dan menyanjungi beliau.

Perkembangan terbaru mengenai beliau, dalam usaha untuk menghargai jasa dan penglibatan Dato Sarimah dalam industri perfileman negara, dalam Festival Filem Malaysia yang ke-32 telah menganugerahkan Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman.

WhatsApp Image 2022 12 10 at 22.10.15 1.jpeg

Kredit foto: FINAS

Kongsi Dato Sarimah” Alhamdulilah, saya tetap sihat, sihat orang tua” jelasnya tentang kesihatan beliau selepas ditanya.

Beliau turut ditanya, sekiranya ada pihak ingin menjemputnya berlakon semula, Dato Sarimah hanya tersenyum dan membalas

“Ada beberapa syarikat penerbitan yang telah mengundang saya untuk berlakon filem dalam satu babak sebagai penampilan khas dengan bayaran yang agak lumayan, tapi saya menolak. Bukan sebab demand tetapi di usia begini saya dah fikir tentang itu, saya lebih memikirkan tentang kesihatan saya yang perlu dijaga”.

Apa yang menarik perhatian warganet, sudah pastinya bagaimana keadaan paras rupa seniwati Sarimah yang terkini, apa yang mengejutkan beliau masih lagi kekal anggun di usia 80 tahun.

Bukti ini dapat dilihat dalam beberapa keping foto yang diambil oleh Finas semasa pihaknya menyantuni beliau untuk sesi penyerahan trofi itu sekitar bulan April yang lalu. Dato Sarimah tetap cantik dan anggun di usianya kini walaupun badannya kelihatan lebih kurus pada masa ini.

Kredit Foto: fINAS

Sudah pastinya, selepas perkongsian ini, ramai lagi yang masih merindui sosok seniwati yang tiada ganti ini. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan dan berada dalam lindunganNya. Inilah doa peminat buat Dato Sarimah Ahmad Seniwati Lagenda Tanah Air. Lakonan beliau dalam filem-filem terdahulu telah meninggalkan kesan buat kita sehingga ke hari ini, kita doakan yang terbaik buat beliau dan keluarga beliau.

Sumber : imuslimnetwork

Leave a Comment