Wow, Tanaman Terung Fertigasi Cepat Tuai Hasil, Pulangan Pun Berganda

Apakah itu tanaman terung fertigasi? Kalau tak tahu kaedah betul tanaman terung, manakan dapat berganda hasilnya. Apa yang penting, ilmu tentang kaedah penanaman yang berkesan serta ikhtiar menggunakan pelbagai saluran untuk memasarkan hasil pertanian, tidak hanya f0kus kepada satu sumber untuk mendapatkan pulangan. Ini yang dilakukan oleh seorang usahawan tani ini.

Amir Azhar Othman, 53, dari Sungai Besar, Selangor yang mengusahakan tanaman terung ketika ini melihat pengeluaran tanaman itu di ladang seluas 3.24 hektar mampu memenuhi permintaan iaitu 4 hingga 10 tan bagi pasaran sayur terbabit.

Menurut Amir Azhar, tanaman terung di ladang itu mempunyai lebih 20,000 pokok tidak hanya menampung permintaan pemborong untuk pasaran Lembah Klang semata-mata, malahan sebahagian daripada hasil dapat dijual di pasar tani atau kepada peniaga sekitar Sungai Besar.

“Pasaran utama kami ialah pemborong dari Kuala Lumpur yang memerlukan tidak kurang dari 4 tan terung sebulan bagi menampung permintaan pasaran tempatan.

Keistimewaan Tanaman Terung fertigasi

“Mengenai tanaman terung fertigasi, istimewanya apabila dijalankan menerusi kaedah fertigasi, pengeluaran hasilnya jauh lebih baik berbanding kaedah konvensional iaitu pertumbuhan pok0k singkat, sekali gus memberi pulangan hasil 2 hingga 3 kali ganda.

“Apabila p0kok terung mula mengeluarkan hasil pertama, ia berterusan mengeluarkan hasil sepanjang 4 hingga 5 bulan. Pemborong sayur b0leh mendapatkan bekalan yang konsisten,” katanya.

Katanya lagi, tanaman terung antara tanaman memberi pulangan menguntungkan kerana kurang berisiko, malah penghasilan yang tinggi untuk tempoh 5 hingga 6 bulan.

tanaman terung fertigasi

Penjagaan Tanaman Terung Fertigasi Tidak Rumit

“Penanaman terung jauh lebih mudah berbanding cili ketika saya melakukan pr0ses penggiliran untuk tanaman lain. Saya turut menanam sayur lain seperti cili, peria dan buah mel0n.

“Penjagaan tidak rumit dan f0rmula baja yang khas, hasil terung pertama sudah boleh dituai dalam tempoh 45 hari dan setiap hari boleh dituai kerana terung terus mengeluarkan hasil sepanjang 4 hingga 6 bulan.

“Untuk harga ladang kepada pemborong ketika ini, terung boleh dijual antara RM2.50 sehingga RM4.50 (sekilo) mengikut turun naik permintaan.

“Saya menyasarkan setiap pokok mengeluarkan hasil 10 kilogram dengan pendapatan kira-kira RM100,000 bagi tempoh 4 bulan,” katanya.
Kaedah

Mengenai penjagaan, kaedah tanaman terung fertigasi jauh lebih mudah kerana baja terus disalurkan kepada pokok.

terung5

“Medium yang digunakan adalah cocopeat yang menyerap baja dan air dengan baik. Setiap petani ada formula tersendiri bagi meningkatkan tanaman mereka.

“Kalau musim hujan, ada kawalan segi pemberian baja dan disulam dengan air bagi memastikan tanaman mendapat keperluan mencukupi.

Ancaman Lalat Buah, Kutu Trip, Ulat Pengorek Batang

“Memastikan tiada sera.ngan serangga perosak, ra.cun digunakan. Teknik tanaman saya gunakan adalah sistem giliran memberi kelebihan kawalan lebih baik daripada risik0 peny4kit dan serangga per0sak,” katanya.

Tambah beliau ancaman kepada tanaman terung adalah lalat buah dan kutu trip.

“Anca.man bagi tanaman terung adalah kutu trip, lalat buah dan ulat pengorek batang. Tetapi, di ladang saya lalat buah dan kutu trip antara masalah utama.

“Terpaksa menggunakan racun bagi menghalang serangan serangga per0sak. Racun digunakan juga boleh menghalang serangan penyakit,” katanya.

Risik0 Ketika Pandemik Dan Musim Banjir

Kata Amir Azhar lagi, beliau mengusahakan tanaman pada skala komersial bagi mendapat pulangan lebih baik.

“Ladang saya ini menyasarkan prospek tanaman komersial iaitu pengeluaran hasil dalam jumlah tan kepada pemborong lebih menguntungkan buat saya.

“Namun, risiko juga tinggi terutama dalam situasi tidak dijangka seperti banjir atau ketika pandemik.

“Saya menanggung kerugian kira-kira RM500,000 ketika itu kerana sayur dituai dari ladang tidak dapat dijual.

“Pasar borong tutup, kedai makan tidak beroperasi dan semua berkurung menyebabkan sayur yang saya keluarkan secara kontan ‘tersadai.’

“Saya terpaksa agih secara percuma untuk penduduk sekitar Sungai Besar kerana hasil dari ladang mesti dikeluarkan,” katanya.

Mengakui ramai petani terkesan ketika pandemik sehingga terpaksa menutup ladang kerana kerugian dan tiada pusingan modal.

“Saya anggarkan kira-kira 60% petani gulung tikar kerana tidak dapat menjual sayur mereka selain menanggung kerugian sehingga modal pusingan ‘hangus’ dalam tempoh pandemik

“Cabaran lain adalah harga input pertanian juga meresahkan petani. Selepas pandemik, harga input pertanian meningkat 2 hingga 3 kali ganda.

“Senario ini memberi kesan serius kepada pekebun kecil sementara pengusaha tanaman komersial juga menikmati keuntungan tipis hasil berbanding dahulu,” katanya.

Semoga perkongsian daripada usahawan tani ini memberi input berguna bagi pemula mahupun idea bermanfaat bagi para pencari rezeki yang lain.

Tidak dapat disangkal bahawa pendapatan daripada tanaman terung fertigasi ini lumayan, namun ada perkara-perkara yang tidak dapat kita elakkan yang menyebabkan kerugian dalam bidang ini. tetapi apa yang paling penting ialah usaha kita untuk mencari rezeki yang halal pasti akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT..

Baca juga: manfaat baking soda untuk tanaman

Sumber : sahabatsurgaku

Leave a Comment