Walaupun Kucing Ini Buta, Tetap Dia Tau Datang Dari Arah Mana, Senyap-senyap Pun Dia Tau

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Kucing Juga Ada Yang Lahir Tak Sempurna

Sama seperti manusia, kucing juga boleh dilahirkan dengan cacat penglihatan atau bahasa mudahnya buta.

kucingbuta2

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini, Kucing yang hilang deria penglihatan ini mungkin tampak cacat di mata orang ramai tetapi masih mampu untuk mengenali tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikT0k @blind_cat_dmitri, dapatkita lihat kucing yang cacat penglihatannya sedang duduk di atas meja makan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah, kucing tersebut dapat mengecam kehadiran tuannya yang sedang merakam video tersebut. Kucing itu kelihatan mengeluarkan bunyi ‘meow’ sambil menghulurkan tangannya seolah-olah mengetahui bahawa tuannya sedang berada di hadapan.

Walaupun Buta Tapi Masih Comel

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 59.3M tontonan, 7.2M tanda suka, 115.0Kkomen dan 87.7K perkongsian di TikT0k.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan kucing tersebut tetap kelihatan comel walaupun dia tidak dapat melihat.

“takde mata pon comel”

Sumber : imuslim network

Leave a Comment