(video)Muka nampak penat, ramai minta abah berehat “5 tahun lagi kita berjuang”

Muka nampak penat, ramai minta abah berehat -“5 tahun lagi kita berjuang!”

Tidak dapat dinafikan, kebanyakkan rakyat terutamanya penyokong parti Perikatan Nasional tidak dapat menahan sebak dan kesedihan mereka apabila mengetahui Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @mawarberduri1811, kelihatan Muhyiddin Yassin sedang beredar dari sebuah tempat sambil dikelilingi oleh pengawal peribadi dan para penyokongnya.

KLIK UNTUK VIDEONYA

Sebak tengok riak wajah abah

Namun begitu, penyokong meluahkan rasa sebak dan kasihan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional itu kerana daripada riak wajahnya, jelas kelihatan beliau sangat penat sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 yang sudah berakhir.

Screenshot 2022 11 25 at 10.26.05 AM

Kami tetap sokong abah

Malah, mereka turut meminta agar Muhyiddin Yassin atau lebih mesra dikenali sebagai abah sentiasa menjaga kesihatan dan percaya bahawa para penyokongnya akan berada di belakangnya walau apa jua yang berlaku.

Semalam, teka-teki siapa yang menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 akhirnya terjawab apabila Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Difahamkan juga, kerajaan perpaduan nasional yang dibentuk membabitkan penyertaan tiga komponen utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sumber: TikTok @mawarberduri1811 Via OMM

Leave a Comment