(Video) Pelanggan restoran muntah darah selepas makan penyegar mulut, Rupanya pencuci mulut ada bahan bahaya

(Video) Pelanggan restoran muntah darah selepas makan penyegar mulut

Lima pelanggan muntah darah selepas makan malam di restoran, rupanya ‘pencuci mulut’ ada bahan berbahaya – Dunia | mStar
MAKAN malam sekumpulan individu bertukar menjadi mimpi ngeri selepas lima daripada mereka mengalami muntah darah selepas menjamah pencuci mulut di sebuah restoran di India.

Menurut lelaki bernama Ankit Kumar, dia bersama isteri dan empat rakannya menikmati makan malam di Kafe Laforessta, New Delhi pada Sabtu lalu.

Selepas makan malam, seorang pelayan di restoran tersebut membawa hidangan pencuci mulut dan lima daripada mereka menjamahnya.

Tidak berapa lama kemudian, kelima-limanya mulai muntah dan mengalami luka pada bahagian dalam mulut.

Menerusi video tular, mereka dilihat menjelir lidah dan menjerit akibat kesakitan dalam mulut masing-masing.

“Kami tidak tahu apa yang mereka campurkan ke dalam hidangan itu. Semuanya muntah.

“Lidah mereka mengalami luka dan mulut mereka terasa pedih,” kata Kumar.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kumar berkata, doktor mengenal pasti hidangan tersebut sebagai ‘ais kering’, iaitu pepejal karbon dioksida yang digunakan sebagai agen penyejuk, di mana ia boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

Kes berkenaan kini disiasat oleh polis. –