(Video) Pelajar Dakwa Dicubit Cikgu “Ibu Datang S3rang Di Sekolah” ‘Habis Satu Malaysia Kena P…’

 “Satu Malaysia kena prank!”

Budaya prank atau gurauan yang dimulakan di Barat dilihat semakin menular di serata dunia, termasuklah dalam kehidupan masyarakat di negara ini

Meskipun perbuatan tersebut dilarang dalam agama Islam, rata-rata di kalangan warganet semakin megah mengagungkan budaya tersebut secara meluas.

Ini kerana ramai menganggap sekiranya ia dijadikan sebagai tema kandungan di media sosial, pastinya bakal menarik ramai jumlah tontonan seperti yang baru-baru ini tular kepada seorang guru tadika.

VIDEO PART 1

Dakwa anak dicubit, ibu datang serang ke sekolah

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok, dilihat pada mulanya seorang wanita datang ke tadika anaknya dan menyerang guru wanita tersebut.

Difahamkan, anak kepada wanita tersebut mengadu kepada ibunya bahawa dia dicubit oleh guru wanita terbabit pada minggu lepas.

Selain itu, guru tadika itu dilihat mempertahankan dirinya dengan menafikan dakwaan yang dilontarkan oleh anak wanita tersebut.

VIDEO PART 2

Mengadanya budak zaman sekarang!

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet meluahkan kesalan dengan tindakan budak-budak zaman sekarang yang dilihat suka mengadu domba akan hal kecil kepada ibu bapa mereka.

Screenshot 2022 04 05 at 3.52.46 PM

Kesian cikgu tu…

Ini telah meraih rasa simpati di kalangan warganet terhadap nasib yang menimpa guru tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata mereka tidak menyangka sama sekali seorang guru yang sopan tutur bicaranya dituduh mencubit anak murid yang masih kecil.

Screenshot 2022 04 05 at 4.04.50 PM 1

Rupa2 satu Malaysia kena prank

Walau bagaimanapun, penularan video tersebut hanyalah prank semata-mata bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran cikgu tadika tersebut.

Ini telah membangkitkan ketidakpuasan di kalangan warganet kerana telah tertipu disebalik lakonan itu.

Screenshot 2022 04 05 at 3.59.06 PM

Sumber Dan Rujukan

OMM

Leave a Comment