(Video) Nak Angkat Matapun Tak Larat ” Natizen Kasihan Keadaan Pengulas PRU15″

“Nak angkat mata pun tak larat..”- Netizen kasihan lihat keadaan pengulas PRU15

Debaran makin terasa. Sehingga kini teka-teki masih belum terjawab siapakah yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia memandangkan tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ramai orang ternanti-nanti akan keputusan yang dilihat sangat ‘terseksa’ menanti berikutan sehingga ke pagi ini, masih belum mendapat kata putus dan Parlimen dilaporkan tergantung.

Screenshot 2022 11 20 at 10.18.55 AM

Mana tidaknya, berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi, manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan Muda menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Pas pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, peratusan bagi pengundian Parlimen adalah 73.89 peratus tanpa mengambil kira tiga kerusi yang tidak diumumkan.

Kesian, nak angkat mata pun tak larat dah..

Kesulitan yang dialami ketika menunggu keputusan rasmi secara keseluruhan membuatkan ramai penat sehingga ada yang mengatakan mereka tidak cukup tidur semata-mata mahu tahu parti manakah yang bakal memimpin negara dan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun ini.

KLIK UNTUK VIDEONYA

Debaran itu bukan sahaja dirasai oleh warganet, bahkan para petugas media baik sehingga sanggup menggorbankan waktu tidur mereka seperti dikongsikan oleh pengguna TikTok.

Menerusi video dimuat naik, kelihatan seorang penganalisis Politik Malaysia iaitu Dr. Mohammad Tawfik Yaakub sedang membuat ulasan sambil menantikan keputusan rasmi sehingga lewat pagi.

Akan tetapi, keadaan matanya dalam video berkenaan menarik perhatian ramai.

“Kesian, nak angkat mata pun tak larat dah tu,”tulis pengguna tersebut.

Maaf gelak..

Rata-rata netizen terhibur bersimpati dengan nasib menimpa pengulas tersebut yang dilihat tidak mendapatkan tidur secukupnya semata-mata melaporkan keadaan semasa PRU15 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Nasib baik tak merapu (melalut)

Selain itu, mereka juga memuji dengan sikap profesional sebagai seorang pengamal media bagi menyampaikan infomasi terkini walaupun terpaksa menahan rasa mengantuk.

Sumber: Harian Metro, TikTok @norshafinimi Via OMM

Leave a Comment