[VIDEO] Lepas didakwa mati, petinju AS muncul semula bongkar aktiviti gelap kelab elit ‘Bohemian Grove’

[VIDEO] Lepas didakwa mati, petinju AS muncul semula bongkar aktiviti gelap kelab elit ‘Bohemian Grove’

2579210

Garcia menceritakan beberapa kisah misteri termasuk dakwaan dia menyaksikan makhluk asing.

NAMA petinju sensasi profesional Amerika Syarikat (AS), Ryan Garcia tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman X (Twitter) apabila dia didakwa sudah meninggal dunia selepas lama menghilang dari media sosial.

Selepas dakwaan kematiannya semakin diperbincangkan, Garcia akhirnya memunculkan diri namun dengan membawa beberapa kisah misteri yang mengatakan bahawa dia menyaksikan makhluk asing dan aktiviti jijik kelab elit yang dikenali sebagai Bohemian Grove.

Menerusi sesi perkongsian bersama pempengaruh Amerika Syarikat, Andrew Tate di laman Space X, petinju berusia 25 tahun berkenaan mendakwa bahawa dia ditangkap dan diikat oleh ahli Bohemian Grove sebelum dipaksa melihat ‘pertunjukan’ kanak-kanak diperkosa.

“Saya tidak bergurau. Saya ada bukti mengenai Bohemian Grove. Saya akan tunjukkan kepada anda setiap video supaya anda boleh percaya. Bohemian Grove adalah nyata. Mereka mengikat saya dan membuat saya menyaksikan perkara tidak sepatutnya,” kongsinya.

Dakwaan dari Garcia itu mencetuskan rasa ingin tahu pengguna media sosial dan ada di antara mereka sudah mula mempercayai bahawa golongan elit dan berpengaruh merupakan sebahagian daripada Bohemian Grove.

Menurut laporan dari Business Insider, Bohemian Grove merupakan kelab persendirian yang berpangkalan di San Francisco dan diasaskan pada 1874. Ahlinya kebanyakan terdiri daripada ahli perniagaan, politik ternama dan individu berkepentingan.

Kisah makhluk asing yang dikatakan oleh Garcia juga semakin diyakini oleh para pengguna media sosial apabila rakaman lama dari pengasas laman web teori konspirasi, Infowars, Alex Jones mirip dengan jalan cerita petinju itu.

Pada 24 tahun lalu, Jones dan wartawan British, Jon Ronson pergi ke Bohemian Grove dan merakam ‘Creamation of Care’ yang didakwa merupakan upacara ritual membabitkan pemujaan syaitan.

Patung ataupun berhala berupa burung hantu itu dalam rakaman pada tahun 2000 itu didakwa makhluk asing yang dilihat oleh Garcia. — Agensi

Sumber Majority