‘Siang Malam Tangmo’ Orang Kita Ni Tak Ada Kena Mengena Pun Sibuk – Katanya Dalam ‘Video’ Tersebut

“Orang kita ni tak ada kena mengena pun sibuk. Siang malam Tangmo” – Ustaz Kazim Elias

Kisah kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida yang menjadi perhatian netizen Malaysia sejak akhir bulan Februari sememangnya mendapat liputan meluas.

Ada juga netizen Malaysia yang kadang kala bertindak menjadi ‘penyiasat’ yang sama-sama membongkar kes kematian selebriti itu lewat media sosial.

Teguran buat para pentaksub

Namun begitu, ketaksuban sesetengah netizen terhadap kes Tangmo ini membuatkan ramai yang mulai meluat kerana dilihat terlalu berlebihan.

Para pendakwah juga sudah menegur tindakan keterlaluan itu dengan beranggapan ia tidak memberi sebarang manfaat.

Salah seorang yang memberikan teguran adalah pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz kazim Elias menerusi ceramahnya yang tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik oleh pengguna media sosial berkenaan.

KLIK UNTUK VIDEONYA

Berpada-padalah dalam perkara tak faedah

Beliau meminta agar mereka yang mengikuti kes kematian Tangmo Nida ini terutamanya orang Islam supaya lebih berpada-pada dalam sesuatu yang tidak berfaedah seperti ‘menyiasat’ kes kematian pelakon Thailand itu yang pastinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kita semua.

Siang malam pagi petang Tangmo

Ustaz Kazim juga akui fed up apabila setiap hari ada sahaja isu berkaitan Tangmo yang dikupas netizen sehingga hampir keseluruhan berita di media sosial berkaitan dengan aktres Thailand itu.

“Orang kita ni tak ada kena mengena dengan dia pun dia sibuk. Aktres Thailand Tangmo mati sibuk siang malam, siapa bunuh dia, kesian. Siang malam duk cerita Tangmo, Tangmo apa? Lantak dia la dah mati. Tak ada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak sedara pun tidak.” ujarnya.

Bincang Tangmo lebih banyak dari nak sambut Ramadan

Beliau turut menyuarakan yang perbincangan berkenaan Tangmo dilihat lebih banyak dibualkan berbanding daripada keterujaan mereka menantikan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Membicarakan tentang dia lebih daripada membicarakan nak sambut Ramadan. Apa orang Melayu kita ni, pelik. Pelik tuan-tuan. Benda yang tak ada kena mengena dengan dia, dia sibuk bincang. Orang Kedah kata ‘tak ada bertadong dengan dia.

“Bertadong ni tak ada kaitan. Siang, malam pagi, petang duk bincang Tangmo, Tangmo, Tangmo pening kepala kita tuan-tuan. Biaq pi kat depalah (biarkanlah mereka), banyak hal lain yang kita boleh bincang,” katanya.

Betul la kata ustaz tu

Kenyataan tersebut dilihat mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada di antara mereka yang menyokong apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim Elias.

Namun begitu, ada juga yang berasa apa yang diucapkan pendakwah tersebut terlalu kasar kerana ketika beliau sedang sakit, ada masyarakat bukan Islam yang turut mendoakannya supaya cepat sembuh serta prihatin akan kesihatannya walaupun tidak mengenali beliau.

Untuk makluman, Tangmo, 37, bersama lima orang lain telah menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi.

Dia telah terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.

Sumber Dan Rujukan

Oh My Media

Leave a Comment