Teka-Teki Terjawab ,Umno,BN Pilih “Ismail Sabri” Sebagai Calon PM-9

Malaysia

Ismail Sabri merupakan calon pilihan Umno dan BN untuk jawatan perdana menteri ke-9.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon pilihan untuk jawatan perdana menteri.

“Beliau memiliki jumlah sokongan majoriti dan merupakan pilihan kami untuk Perdana Menteri ke-9,” demikian menurut sumber.

Sumber juga mengatakan ia adalah keputusan sebulat suara yang tidak dipersoalkan oleh mana-mana ahli Parlimen dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Sumber tersebut juga mengesahkan bahawa semua ahli parlimen Umno dan BN telah menandatangani akuan berkanun dan akan menyokong Naib Presiden Umno itu.

“Semua akuan berkanun dari ahli Parlimen Barisan akan dihantar ke Istana Negara pada Rabu (18 Ogos) seperti yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi BN dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata sumber itu

Sumber Dan Rujukan

Mstar

Leave a Comment