“Ummi Pesan Solat Jangan Laju-Laju” (Video) Gelagat Adik Ni Solat “Slow-mo” Buat Ramai Berdekah

Ummi Pesan Solat Jangan Laju-Laju, Gelagat Adik Ni Solat “Slow-mo” Buat Ramai Berdekah

Kalau bercakap tentang kesibukan yang dilalui setiap hari memang tak akan pernah habis. Sehinggakan kita, ibu-bapa, kadang kala tidak sempat meluangkan masa dengan anak-anak, apatah lagi mengajar mereka tentang ilmu-ilmu asas keagamaan seperti tatatertib mendirikan solat.

Sebenarnya, mengajar anak solat dari usia yang kecil secara perlahan-lahan dapat membantu mereka memahami tentang tanggungjawab menunaikan ibadah tersebut dan disiplin-disiplin yang perlu dipatuhi agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Namun, tidak dinafikan setiap kali melihat gelagat anak-anak yang masih kecil mengerjakan ibadah itu sangat mencuit hati. Boleh dikatakan macam-macam ‘akal’ yang mereka buat ketika mendirikan solat lima waktu.

Antaranya adalah mendirikannya secara tergesa-gesa. Memang lucu untuk dilihat jika anak-anak masih kecil, namun jika dibiarkan mungkin akan menjadi satu kebiasaan apabila sudah dewasa kelak.

Sama seperti satu rakaman video yang dikongsikan oleh Jaja Afif ini menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki mendirikan solat tetapi dalam keadaan ‘slowmo’ mencuit hati warganet.

Difahamkan, wanita ini pada mulanya menegur anak-anaknya supaya tidak menunaikan ibadah tersebut tergesa-gesa. Sekiranya dia menyedari perkara tersebut berlaku, maka anak-anaknya akan diminta untuk mengerjakan semula solat tersebut.

Memahami arahan si ibu, namun mungkin tidak jelas, anaknya kemudian dilihat menunaikannya dengan pergerakan terlalu perlahan, seolah-olah seperti rakaman ‘slow-mo’.

Gelagat si anak itu nyata mencuit hati, bukan sahaja si ibu, malah netizen apabila ia dirakam dan dikongsikan di laman Tiktok.

“Dah macam sloth”

KLIK UNTUK VIDEONYA

“Bergegar satu badan nak tahan gelak punya pasal…”

Perkongsian gelagat anak kecil ini dipercayai keliru dengan arahan yang dimaksudkan oleh ibunya pantas mencuri tumpuan netizen. Setakat ini, video berkenaan sudahpun ditonton lebih 1 juta kali.

Menjengah di ruangan komen, tak kurang juga ada yang memberi kata-kata semangat kepada anak kecil ini dan memuji tindakan ibu bapa mengajar anak solat di awal usia mereka.

Ada juga yang memberi komen ‘menyakat’ selepas melihat telatah dan gelagat anak ini mendirikan solat secara perlahan selepas mendengar arahan daripada ibunya.

Sumber: Jajaafif Via Siakap Keli

Leave a Comment