Tutorial Untuk Tebus Baucar Program SAVE 2.0 Barangan Elektrik Shopee

Program SAVE 2.0

Program SAVE 2.0 merupakan inisiatif oleh SEDA dengan kerjasama oleh Shopee Malaysia dan ia telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 lepas.

voucher shopee

Dengan mendaftar untuk PROGRAM SAVE 2.0 di Shopee, anda boleh tuntut baucar RM200 untuk digunakan pada penghawa dingin dan peti sejuk yang cekap tenaga.

Daftar cepat sebab baucar ini diberikan dengan kuantiti terhad.

 

voucher shopee

Apakah Program SAVE 2.0 ?

Ialah merupakan satu program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif Program

Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik
meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran.
Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat / kriteria kelayakan:

1. Warganegara Malaysia

2. Pengguna / pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB

3. Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 bintang ATAU 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021

4. 1 akaun bil hanya untuk 1 e-Rebat sahaja.

Cara Dapatkan Voucher RM200 Shopee Melalui Program SAVE 2.0

Untuk mendapatkan baucar ini, anda hanya perlu mendaftar dengan langkah ini:

1.Tekan link ini shopee

2. Isikan maklumat pengguna, akaun pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB.

3.Tick butang pengesahan / persetujuan

4. Hantar.

5. Baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet bagi permohonan yang diluluskan.

(Kami menyediakan tutorial bergambar dibawah).

voucher shopee

Tekan gambar Icon Save 2.0 untuk pendaftaran.

voucher shopee

kemudian akan muncul maklumat ini klik DAFTAR SEKARANG.

voucher shopee

Lengkapkan maklumat macam ni. ‘Electricity bill no’ merujuk kepada nombor akaun TNB anda , boleh refer pada bil elektrik masing-masing.

voucher shopee

Yay selesai, tunggu permohonan diproses. Voucher RM200 akan dikreditkan melalui e-Wallet Shopee. Nanti boleh check, ok!

Akhir Kata

Jangan lepaskan peluang ini, semoga kita semua berjaya lulu e voucher melalui program Program SAVE 2.0 ini, kongsikan kepada kawan-kawan kita sekarang!!

Sumber Dan rujukan

Rencah

Leave a Comment