Tumbuh Banyak Dan Subur Ikut Cara Senang Ini Nak Tanam Kangkung

Tumbuh Banyak Dan Subur Ikut Cara Senang Ini Nak Tanam Kangkung

Kangkung merupakan antara tanaman yang mudah ditanam dan subur dengan elok. Pelbagai jenis menu boleh dicuba dengan menggunakan kangkung. Antara menjadi perhatian pastilah kangkung goreng belacan. Memang confirm semua orang akan suka.

Apa kata kita cuba tanam sendiri kangkung di rumah, mudah sahaja dan paling penting mestilah tumbuh dengan subur. Jom kita tengok cara yang dikongsi oleh Hamdan Ahmad Sapli di laman Fbknya.

CARA SENANG NAK TANAM KANGKUNG, TUMBUH SUBUR & BANYAK!

z 4

Berikut ialah cara-caranya:

Mula-mula korek longkang kecil dan tabur benih kangkung.

zz 1

Proses seterusnya, korek longkang kecil kedua dan pastikan jarak dengan longkang pertama sebanyak 5 inch.

Ulang proses seterusnya sehingga siap.

Tujuan melakukan penanaman seperti itu kerana untuk memastikan benih tidak hanyut apabila hujan. Selain itu, apabila kangkung tumbuh, antara baris dengan baris akan bersandar dengan antara satu sama lain.

zzz 1

Itu sahaja cara mudah menaman kangkung. Memang confirm menjadi dan puas hati. Boleh petik belakang rumah sahaja kalau nak masak kangkung belacan.

Sumber Dan Rujukan

Leave a Comment