Tiga Bersaudara Yang Buta Penglihatan Namun Hati Mereka Disinari Cahaya Al-Quran

MasyaAllah.. Tiga Bersaudara Yang Buta Penglihatan Namun Hati Mereka Disinari Cahaya Al-Quran. Berjaya Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 7 Bacaan Qiraat

Walaupun dilahrkan kurang sempurna namun ada kelebihan yang Allah kurniakan. Muhammad 14 tahun dan Faris 12 tahun berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam 7 bacaan qiraat. Manakala adik perempuan mereka turut berjaya menghafaz 5 juzuk al-Quran. Pencapaian tiga bersaudara dari Iskandariah, Mesir ini amat membanggakan umat Islam seluruhnya..

3 bersaudara buta penghafal Al Quran

Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiam4t sebagai syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim). Al-Quran adalah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu mukjizat Baginda. Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk umat manusia sehingga ke hari kiamat.

Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Orang-orang yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid yang betul, mereka sama taraf dengan malaikat yang merupakan utusan Allah dan mereka sentiasa berbakti dan patuh kepadanya, sebaliknya bagi orang yang boleh membaca Al-Quran tapi tidak lancar dan tajwidnya pula kurang baik akan memperolehi dua pahala.” (HR Bukhari dan Muslim).

Satu lagi Mata buta, tetapi hati celik al-Quran

• Di sebalik kekurangan, setiap insan memiliki kelebihan tersendiri termasuklah mereka yang diuji dengan kecacatan pancaindera.

• Bagi Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi, 23, cacat penglihatan bukan halangan, sebaliknya minat mendalam terhadap al-Quran mendorong dirinya mendalami teknik bacaan al-Quran braille sehingga dinobat Johan Qari dalam Majlis Tilawah al-Quran Braille (MTQB) 2018.

MUHAMMAD Fiqry mengambil masa enam tahun mempelajari teknik bacaan al-Quran Braille. – NSTP/ Hafiz Sohaimi
MUHAMMAD Fiqry mengambil masa enam tahun mempelajari teknik bacaan al-Quran Braille. – NSTP/ Hafiz Sohaimi
KUALA LUMPUR: Mempelajari teknik membaca al-Quran braille bukan suatu yang mudah, malah Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi mengakui mengambil masa enam tahun untuk menguasainya.

Beliau berkata, teknik bacaan al-Quran braille itu dipelajarinya ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru.

“Pada awalnya saya mengalami kesukaran membaca al-Quran braille kerana perlu terlebih dulu menghafaz titik braille yang mewakili huruf.

“Bagaimanapun kelas pengajian al-Quran yang diikuti membolehkan saya menguasainya dengan lebih mudah.

“Pada saya tiada beza jika individu itu normal atau OKU. Selagi dalam diri ada kesungguhan dan terus istiqamah untuk membaca al-Quran, pasti ia lebih mudah untuk dikuasai,” katanya yang kini sudah menghafaz dua juzuk al-Quran.

Muhammad Fiqry berkata, tanpa deria penglihatan dia perlu memiliki kekuatan daya ingatan yang tinggi untuk membaca al-Quran.

“Apabila berjaya menguasai al-Quran, titik braille hanya menjadi rujukan ketika membaca. Di sini memerlukan daya ingatan yang kuat untuk saya menghafaz al-Quran. Saya bersyukur kerana kekurangan dimiliki diganti dengan daya ingatan yang kuat.

“Namun masih banyak yang perlu dikuasai dalam mendalami bacaan al-Quran terutamanya daripada sudut tajwid dan makhraj untuk mendapatkan bacaan yang tepat,” katanya yang turut bertugas sebagai bilal di Masjid Bandaraya Likas di Kota Kinabalu.

Sumber Berita harian

Akhir kata

Allahu, sungguh bertuahnya kedua ibu bapa 3 orang anak syurga ini, semoga kita juga dikurniakan anak-anak soleh yang dapat mendoakan kita kelak, Aamiin

Sumber Dan Rujukan

facebook

Dan majalah harian

Leave a Comment