Teknik Penanaman Pokok Cili Yang Di Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Buahnya Besar

Melihat pokok cili yang ditanam Harun Arun rendang dan lebat buat ramai yang geram. Tanam pun hanya di kawasan rumah dalam polibeg saja. Tapi hairannya bila kita tanam tak pula jadi begitu.

Sebenarnya untuk dapatkan pokok yang lebat begini kena ada usaha lebih, tak cukup dengan hanya siram saja. Bagi yang nak hasil pokok cili yang ditanam di rumah berbuah banyak boleh ikut tip yang dikongsi oleh beliau.

Teknik Penanaman Pokok Cili Yang Di Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Buahnya Besar

zzzzz 3

Ramai yang bertanya tentang pokok cili ini. Ini jawapan saya;

1. Pokok cili ini ditanam dalam polibeg saiz 16×16, ada yg tanam 1 pokok ada yang 2 pokok.

2. Medium yang guna tanah sawit sisa boiler 80% dan cocopeat 20%. Baja asas yang digunakan adalah baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.

3. Selain itu buat juga foliar feeding dengan Calcium boron dan hormone ikan seminggu 1 kali. Apabila pokok dah mula berbunga & berbuah seminggu 2 kali.

Calcium ini penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ini buah akan kalah, jadi timbul simptom buah jadi busuk pada bhgian hujung cili, mengerekot, pendek.

zzz 7

Boron pula fungsinya adalah untuk mudahkan pergerakan calcium ke buah. Calsium boron ini boleh dibeli secara online juga.

4.Untuk kawalan serangga cuma guna cuka kayu saja seminggu 2 atau 3 kali bergantung pada keadaan cuaca.

5.Tip pokok rendang: kena rajin cubit pucuk atau buang bahagian hujung pucuk supaya tumbuh dahan baru.

Ini contoh foliar calcium boron dan hormon ikan yang digunakan.

z 40

zz 17

Selamat mencuba.

Akhir kata, jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada mereka-mereka yang memerlukannya, jangan lupa juga like dan follow page media bumi untuk update artikel menarik setiap hari. ribuan terima kasih atas kesudian anda semua untuk luangkan masa membaca artikel ini… sekali lagi jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan keluarga kita.
Jadikan membaca budaya kita, kerana membaca itu amalan yang sangat mulia disamping menambakan ilmu pengetahuan kita dari masa ke semasa..

PERHATIAN: Pihak Mymediamaya tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sumber: Harun Arun

Leave a Comment