Tarikh Cuti israk mikraj 2024 Di Malaysia

Tarikh cuti israk mikraj 2024 Di Malaysia

Hari memperingati peristiwa Israk Mikraj ini disambut pada 27 Rejab setiap tahun di Malaysia.

Bagi tahun ini, hari Israk Mikraj disambut pada 8 Februari 2024 (Khamis).

Sesetengah negeri juga memperuntukkan hari cuti pada hari tersebut, iaitu:

  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Perlis
  • Terengganu

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2024 dalam lampiran di bawah:

cuti israk mikraj 2024
cuti israk mikraj 2024
Tarikh Cuti israk mikraj 2024 Di Malaysia 4

Sumber: Hari Kelepasan Am Tahun 2024, Jabatan Perdana Menteri

Dilampirkan juga kalendar untuk memudahkan rujukan anda bagi membuat perancangan yang lebih rapi sempena cuti Israk Mikraj 2024 ini yang akan bersambung dengan Cuti Tahun Baru Cina dan Cuti Sekolah KPM.

Tarikh Cuti israk mikraj 2024 Di Malaysia 5
cuti israk mikraj 2024
cuti israk mikraj 2024

Peristiwa Israk Dan Mikraj

Mikraj

Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.

Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.)

Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.

Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Selepas Mikraj

Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.

Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.

Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.

Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.

Baca Juga: Amalkan doa dari surah Al-Quran ini untuk suami atau anak-anak yang suka marah

Sumber ecentral