GARA-gara hajat tidak dipenuhi, bekas pemenang Puteri Indonesia 1994, Venna Melinda, 50, menjadi mangsa dibelasah suaminya hingga berlumuran darah.

Insiden itu menyebabkan pelakon terkenal itu terpaksa membuat laporan polis gara-gara suaminya, aktor Ferry Irawan,45.

Kumparan.com melaporkan masalah tersebut salah satu sebab pasangan yang baharu berkahwin 10 bulan itu terjebak keganasan rumah tangga.

Venna dalam masa terdekat akan memfailkan permohonan cerai daripada Ferry Irawan. Tuntutan ini susulan ketidakupayaan pelakon berusia 45 tahun itu menahan perlakuan kasar sejak tiga bulan lalu.

ijTS6sE1 1
Venna bersama dua anak lelakinya.

Selain perlakuan kasar berupa penderaan, Ferry juga sering meminta layanan setiap hari.

“Insya-ALLAH, sekembalinya ke Jakarta, saya akan uruskan perceraian itu. Saya sudah tidak kuat dengan dia (Ferry),” kata Venna di Mapolsek Jawa Timur.

Selepas kes ini, wanita itu hanya akan lebih fokus kepada anak dan kerjaya. Lebih-lebih lagi, ketika ini beliau sedang bersiap sedia untuk bertanding pada Pemilihan Umum Legislatif 2024 bagi DUN Tulungagung dan Kediri.

“Saya rasa ini sudah memadai. Saya mahu fokus pada kerja dan anak-anak saya,” katanya.

Venna juga menyatakan bahawa dia sangat trauma dengan keganasan yang dilakukan oleh Ferry. Walaupun, sebagai seorang wanita, dia mengakui sentiasa mahu mengekalkan perkahwinan dan menghormati suaminya.

“Saya sentiasa mahu menghormati suami, sebab itu saya bawanya ke daerah pilihan raya saya. Tetapi tidak sangka di Tuluagung dan Kediri saya mengalami keganasan rumah tangga yang teruk. Sekali lagi terima kasih kepada rakan-rakan saya, polis dan peguam,” katanya.

Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

QnDWxk3l 3

Peguam Venna, Hotman Paris memberitahu Tribunnews anak guamnya keluar dari bilik dan menjerit dengan hidung berdarah.

“PERTELINGKAHAN MEREKA BERMULA KERANA VENNA MELINDA KELETIHAN. DAN KEBIASAANNYA SEORANG SUAMI BERHAK MEMINTA PERKARA INI, TERNYATA BEGITULAH KEADAANNYA,” KATANYA.

Bukan itu sahaja, Hotman mendedahkan setakat ini hanya Venna yang menyara kehidupan rumah tangga mereka.

Melalui sebuah saluran YouTube, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah menceritakan kebiasaan mereka dan mendedahkan suaminya itu akan mengamuk seperti anak kecil sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.