Tahniah! Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri, selamat disatukan dalam majlis tertutup

PELAKON Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri selepas selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Fariz pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan Shakilla berlangsung secara tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

Antara rakan pelakon yang hadir meraikan pengantin ialah Ramona Zam Zam yang turut berkongsi gambar bersama pengantin di Instagram miliknya.

shakilla 32332Shakilla kembali mendirikan rumah tangga.

“Semoga kebahagiaan milikmu. Sayang kau dan Ameena,” tulisnya.

Selain itu, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada juga hadir sebagai tetamu dan mengucapkan tahniah buat Shakilla.

“Tahniah Shakilla. Awak layak mendapatkan bulan dan bintang,” ujarnya.

Sebelum ini, satu sumber memberitahu Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, baka4l bernikah pada Sabtu, namun butiran majlis masih dirahsiakan.

shakilla 555Shakilla bersama anaknya Ameena.

Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraan pada Disember 2021.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Sumber mstar