Sungguh Berat Ujian Buat Mereka, 2 Beradik Ini Jadi Saksi Ibu Kema langan Sebelum Mening gal Dunia

kehilangan Orang Tercinta Selama-lamanya

Tidak dapat bayangkan perasaan seseorang yang kehilangan orang tercinta terutamanya ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Tambahan pula, anak-anak ini baru sahaja kehilangan ibu kerana terlibat dalam kema langan semasa menuju ke tempat kerja.

Sungguh berat ujian buat mereka. Disaat perlukan kasih sayang seorang ibu, Allah menjemput ibu mereka pulang kepada Sang Pencipta. Namun, mereka ini tabah dan redha menerima ujian dari Tuhan.

Kisah hiba dua adik beradik ini telah memberi kesan dan mengundang sebak ramai orang termasuklah seorang pendakwah yang disayangi ramai. Perkongsian sebak ini dikongsikan melalui laman Facebook rasmi Ustaz Ebit Lew.

2 Beradik Ini Jadi Saksi Ibu Kemalangan Sebelum Meninggal Dunia

Difahamkan, ibu kepada dua adik beradik ini meni nggal dunia ditempat kejadian semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, lebih memilukan lagi apabila mereka ternampak jasad ibu mereka di jalan yang sama.

Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemal angan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya.

Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat. Dia kata sayang saya sambil menangis.

Ya Allah

“Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya…”

Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya.

Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, syapik hasan, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat.

2 Beradik Ini Jadi Saksi Ibu Kemalangan Sebelum Meninggal Dunia

Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik…

Posted by Ebit Lew

Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki buat anak-anak istimewa ini. Bukan itu sahaja, semoga diberi kekuatan buat mereka berdua.

Akhir Kata

Semoga mereka sentiasa tabah dalam menghadapi ujian, Terima Kasih Ustaz Ebit Lew Kerana Datang Membantu Memberi Sokongan Dan Mendoakan Mereka…

Sumber Dan Rujukan

Ebit Lew Via Siakapkeli

Leave a Comment