Sukarelawan diperlukan bagi menambah mobilisasi pasukan bantuan ke negeri sabah

Suka Relawan Diperlukan

Setakat ini, seramai 475 orang anggota pelbagai kategori dan skim perkhidmatan telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan COVID-19 di sana. Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi. Sehingga 8 Oktober 2020, sejumlah 249 orang anggota daripada Bahagian Perubatan dan 48 orang anggota daripada Bahagian Kesihatan Awam telah digerakkan secara dalaman di negeri Sabah. Di samping itu, sejumlah 130 orang anggota daripada Bahagian Perubatan dan 48 orang anggota daripada Bahagian Kesihatan Awam telah digerakkan dari negeri-negeri lain ke negeri Sabah.

bantuan

Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana.

Pada masa yang sama, kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan aset utama KKM ini dapat menjalankan tugasan dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah bersama-sama membantu memerangi COVID-19 di Malaysia setakat ini.

KKM ingin menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19. Secara keseluruhannya, penyelarasan mobilisasi Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan ke Negeri Sabah akan dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (emel: mobilisasi19@gmail.com , cprc@moh.gov.my).

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3734774739879720

Akhir Kata

Semoga sentiasa kuat dan tabah kepada frontline kita berlawan menentang covid. Semoga dipermudahkan urusan

Rujukan

Noor Hisham Abdullah

Leave a Comment