Siapakah Aisar Khaled? – Biodata, Perjalanan Karier, Fakta Menarik

bhAisar Khaled

Siapakah Aisar Khaled? –  Biodata, Pekerjaan, Fakta Menarik | Kemunculan selebriti, artis, pempengaruh, instafamous dan seumpamanya sejak beberapa tahun ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya ramai yang tidak mengenali individu-individu baru ini lebih-lebih lagi jika jarang melihat televisyen atau melayan media sosial.

Aisar Khaled

Biasanya orang ramai akan mudah mengenali individu yang mempunyai imej menarik atau melalui konten-konten viral yang ditampilkan, contohnya seperti, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Aisar Khaled.

Aisar Khaled adalah seorang pelakon dan juga salah satu influencer atau pempengaruh media sosial yang sering mendapat perhatian warganet atas kandungan kontennya yang sensasi seperti baru-baru ini.

Beliau telah membuat satu kejutan hadiahkan Yamaha LC untuk ‘rider’ motor kena sita. Tindakan beliau ini telah menimbulkan pro kontra dalam kalangan netizen.

Selain itu, beliau juga sering berkongsi perkembangan terkininya di media sosial.

Jom baca biodata Aisar Khaled di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau.

Biodata Aisar Khaled

Perjalanan Karier

Sebelum memulakan kariernya sebagai pelakon, Aisar Khaled sudah pun dikenali sebagai personaliti media sosial sejak beliau di bangku sekolah lagi.

Beliau mula terjun ke bidang lakonan selepas disunting oleh pengarah Michael Ang menerusi drama Chandelier. Dalam drama tersebut, Aisar digandingkan bersama beberapa pelakon popular antaranya Ben Amir dan Mimi Lana.

Aisar juga pernah mengikuti ujibakat bagi Pencarian Hero Remaja 2020 namun tidak berpeluang untuk menjadi peserta bagi program realiti tersebut.

Setelah drama sulungnya, Aisar mendapat peluang untuk mengetengahkan bakatnya dalam beberapa drama/filem lagi seperti Lelaki Lingkungan Cinta, Misteri Wak Leman dan Ijam serta filem Gila Gusti dan Hantu Kelima.

Selain dalam bidang hiburan, Aisar juga dikenali sebagai usahawan trading atau saham dan turut membantu ramai orang untuk  menjana pendapatan di bawah bimbingan AK Legacy Team.

<code> Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait. </code>