Siapa tak sedih “Anak masih muda,telah pergi buat selamanya akibat lemas ketika….”

Remaja lemas semasa mandi di Lata Air Hitam

BATU KURAU – Seorang remaja ditemui lemas semasa mandi di Lata Air Hitam, Jelai di sini hari ini.

Mangsa, Mohammad Fathussalam Mohd Bajarulnizam, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Screenshot 387

Menurut kenyataan Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 12.17 tengah hari tadi kemudian anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau digerakkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai lemas semasa mandi di kawasan rekreasi itu.

.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira dua meter dari lokasi dia dipercayai lemas oleh orang awam pada pada jam 12.47 tengah hari tadi,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Taiping dan kes diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

sumber Dan Rujukan

wowberita.my Via Top Ten New

Perhatian! Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ini adalah pandangan peribadi pemegang akaun dan tidak sepatutnya menggambarkan kedudukan lembaga editorial kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri

Leave a Comment