Senyap Terus Lepas Menang AJL, 13 Tahun Lalu. Rupanya Begini Kehidupan Ana Raffali Sekarang

” Saya bukannya menghilang, sebaliknya hanya berehat seketika daripada dunia nyanyian dan persembahan pentas.”

Itu luahan penyanyi Ana Raffali sebaik ditanya ke mana dia menghilang selepas menjulang trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku.

Sering tampil bersama gitar dan berbaju kurung, nama Ana, 37, seakan terus tenggelam.

ana raffali 5

Bukan setahun dua, malah sudah sembilan tahun berlalu, kerjaya Ana dilihat terus menjunam.

Lebih lagi, selepas mendirikan tangga dan menyambut kelahiran cahaya mata pada 2015, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nurhidayah Mohd Raffali terus menyepikan diri.

“Saya dalam proses siapkan tesis” – Ana

Jika menjenguk akaun media sosial, ibu kepada dua cahaya mata berusia 5 dan 2 tahun itu tidak aktif seperti penyanyi lain.

” Pada dasarnya, saya berhajat menjadi Doktor Falsafah. Untuk merealisasikan hasrat ini, saya perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

” Selain sibuk sebagai guru bahasa Inggeris, saya meneruskan pengajian separuh masa dalam bidang pengajian Sarjana Pendidikan Teknologi Instruktional di Universiti Islam Antarabangsa.

” Alhamdulillah, selepas lebih dua tahun bertungkus lumus membahagikan masa dan tanggungjawab sebagai pendidik serta pelajar, saya berjaya mendapat keputusan memberangsangkan dengan CGPAi 4.0.

” Kini, saya dalam proses akhir untuk menyiapkan tesis,” katanya kepada BH Online.

(artikel ini merujuk kepada temubual bersama Ana ini adalah pada tahun 2020. Untik info, Ana telah selesai buat sarjana pada 2022)

Ana nikah rakan baik sendiri

Bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam itu berkata, dia terlalu sibuk dengan tanggungjawab sebagai pendidik sepenuh masa selepas melahirkan cahaya mata kedua.

” Pada masa sama, saya juga bergelar pelajar separuh masa di samping tugas rasmi sebagai ibu dan isteri.

” Disebabkan kekangan masa, saya kurang memberikan perhatian pada bidang nyanyian.

” Buat masa ini, saya hanya aktif menyanyi untuk anak, sebelum tidur. Walaupun tidak berada di pentas atau kaca televisyen (TV), saya tetap menulis lagu dan lirik secara berterusan.

” Keluarga adalah peminat setia yang memberikan komen dan kritikan untuk lagu baharu.

” Seperti dikatakan, saya masih aktif menghasilkan lagu untuk nyanyian sendiri mahupun penyanyi lain.

” Antara lagu baharu yang dihasilkan untuk band indie yang dikenali sebagai Margosa berjudul Tingkap Kaca,” katanya.

ana raffali 6.jpg

Pada 2012, Ana telah berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah yang merupakan rakan baiknya sendiri.

Ana berkata, tidak nafikan, bidang muzik adalah sebahagian dirinya, malah perlahan-lahan membuat kemunculan semula dalam media sosial, Facebook dan Twitter.

Mengulas perkembangan terkini, Ana berkata, dia kini mengembangkan kerjaya sebagai penulis kreatif di sebuah syarikat di Kuala Lumpur selepas lebih empat tahun menjadi pendidik.

ana raffali 4

” Saya berharap kerjaya baharu ini dapat memberikan ruang kembali aktif dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu.

” Saya dan pasukan pengurusan ada rancangan melakukan konsert berskala besar pada penghujung tahun sempena 10 tahun bergelar penyanyi rakaman.

” Saya berharap urusan dan perancangan yang diaturkan dipermudahkan,” katanya yang pernah berkolaborasi bersama penyanyi veteran, Suhaimi Meor Hassan menerusi lagu Kalau Berpacaran.

Ana kongsi detik rangkul trofi AJL

Detik indah merangkul trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25, sedekad lalu, masih basah dalam ingatan wanita berbakat ini.

Pada AJL25 yang disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 Januari 2011, lagu Tolong Ingatkan Aku menewaskan lagu dendangan artis lain seperti Yuna yang mempertaruhkan lagu Cinta Sempurna.

Tidak hairanlah kemenangan dan keputusan AJL25 yang meletakkan lagu Drama King dendangan Meet Uncle Hussain dan Noktah Cinta (Hafiz) sebagai pemenang kedua dan ketiga, diperkatakan.

ana raffali 3

” Kemenangan pada malam kemuncak AJL25 ibarat mimpi jadi nyata. Sampai sekarang, saya masih terasa seperti di awang-awangan.

” Saya mendapat pengiktirafan barisan juri di mana saya membesar dengan lagu mereka. Malah, saya anggap mereka hero tatkala mereka beraksi atas pentas.

” Ada peminat ketika itu masih berada di kolej dan berkongsi kenangan indah yang ada kaitan dengan lagu berkenaan.

” Beberapa hari sebelum AJl berlangsung, saya diserang batuk dan selesema. Saya risau sangat…

” Pada malam itu, saya sediakan ubat-ubatan dan air limau untuk memastikan penyakit saya tidak bertambah teruk.

” Saya bersyukur persembahan saya pada malam itu lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Dia Ambil Gambar Ella Dan Kemudian Campak Kepada Saya, ‘Budak Mana Kau Bawa Ini?’

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

Sumber:hmetro