Sedihh Nyee “Mesej Kepada Suami Di’jangkiti C’19 Tidak Berbalas” Rupanya Sudah Me’ninggal Dunia.

Al-Fatihah

Wabak Covid-19 yang melanda dunia menyebabkan ramai menjadi mangsa kerana kehilangan ahli keluarga masing-masing termasuklah ibu bapa, anak-anak serta pasangan mereka.

Siapa sangka perbualan melalui Whatsapp malam sebelumnya merupakan yang terakhir kalinya buat Azliza Mohd Rosli sebelum dia dikhabarkan oleh hospital mengenai pemergian suaminya.

Perbualan terakhir…

Menurut wanita itu, mereka sempat berbual pada malam Khamis lalu serta meminta kebenaran untuk membuat panggilan video bersama suaminya.

Dia turut meminta lelaki itu untuk tidak tidur.

Suaminya bagaimanapun memberitahu bahawa dia menghadapi kesukaran untuk tidur, namun tidak menjawab panggilan video tersebut.

Tidak mengetahui itulah kali terakhir perbualan mereka, wanita itu cuba menghubungi suaminya melalui mesej namun cubaannya masih gagal.

“Selamat pagi sayang…”

“Selamat pagi sayang…Assalamualaikum Sayang” kiriman tersebut sempat dihantar oleh Azliza pada pagi Jumaat lalu menyangka suaminya masih berehat kerana kepenatan.

Berita kematian suaminya itu hanya diketahui oleh wanita tersebut pada jam 8.30 malam setelah dihubungi oleh pihak hospital.

Menurut Azliza dia kini buntu memikirkan keadaan dirinya yang tidak bekerja dan perlu menyara 6 orang anak hasil perkahwinan terdahulu mereka termasuk zuriat daripada perkahwinan mereka bersama.

Sumber Dan Rujukan

Oh My Media

Leave a Comment