“Saya Dah M4las Nak Fikir Fasal Make Up Bila Keluar” – Lisa Surihani

Malah penampilan terkininya sering mendapat pujian daripada wargamaya dan tidak kurang juga yang suka melihat wajah Lisa yang lebih natural tanpa sebarang make up yang dikenakan.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 6348049858117 1

Umum mengetahui tentang penghijrahan pelakon Datin Lisa Surihani yang kini tampil menutup aur4t sepenuhnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 6348049872f4d

Menurut Lisa, 36, dia akui sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 634804988bc2b

“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan 1su mengunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.

“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu.

Lisa yang juga merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh usahawan popular, Neelofa itu turut berkongsi mengenai cara melatih dirinya untuk terus beristiqomah.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 63480498a5de0

Lisa ditemui ketika sesi pelancaran musim terbaharu program Next To Neelofa yang bertempat di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

“Apabila bercerita mengenai Istiqomah,itu bukan perkara mudah, hati kita sentiasa berbolak balik namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain.

“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah, walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.

“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin, tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya.

“Insyallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipemudahkan.

Sumber : gempak.com

Leave a Comment