Rupanya ini fungsi butang “Release” di gear Proton Saga yang masih ramai tak tahu

Setiap kereta yang dibina pula dipasang dengan pelbagai ciri dan teknologi tambahan yang memberikan manfaat kepada pengguna.
Misalnya, satu ciri yang ada pada Proton Saga ini yang kami rasa, ramai pemilik tak sedar dan tak pasti macam mana ciri tersebut berfungsi.

Fungsi butang release di Proton Saga ramai tak tahu

Fungsi yang kami maksudkan adalah butang Release yang ada berdekatan gear Proton Saga, seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @protonbymoose.

Kata @protonbymoose, butang berkenaan membenarkan penukaran gear dari P ke N tanpa memerlukan kunci atau menghidupkan enjin.
“Fungsi button ni adalah untuk tukar P ke N tanpa menggunakan kunci. Sebab kalau nak pindah dari P ke N memang kena pakai kunci,” katanya.
@protonbymoose kemudian berkongsi bagaimana hendak menggunakan fungsi Release tersebut.

“Langkah pertama, pijak brek. Langkah kedua tekan butang Release, kemudian tarik brek dari P, turun ke N.

“Nampak, ni tak pakai kunci ni,” katanya.
Dengan kata lain, fungsi ini membolehkan kereta anda dialihkan sekiranya enjin kereta tidak dapat dihidupkan atas pelbagai sebab.

Butang itu juga boleh digunakan untuk mengalihkan kenderaan sementara anda mencari kunci kereta.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mengakui mereka baru sahaja mengetahui fungsi butang tersebut selepas menonton video berkenaan.

Rata-rata tidak menyangka bahawa butang berkenaan mempunyai banyak manfaat, terutamanya ketika kecemasan atau ketiadaan kunci kenderaan.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada @protonbymoose di atas perkongsian tersebut.

Sumber sarang Burung