Allahu ‘Ramai Sebak Lihat Reaksi Jahidah’ (Video) Kelip Mata Seolah-Olah Faham Apa Yang Disampaikan

Ramai sebak lihat reaksi Jahidah, kelip mata seolah2 faham apa disampaikan

Hanya mampu terbaring koma sejak 10 bulan lalu, kisah mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin sentiasa diikuti netizen yang tidak jemu bagi mengetahui setiap perkembangan mengenai wanita tersebut.

Terbaru, seorang pengguna TikTok @tokmazara memuat naik video ketika dia menziarah dan menghulurkan sumbangan buat Jahidah di kediaman kakak mangsa di Sendayan, Seremban.

Video tersebut memaparkan @tokmazara yang juga aktif melakukan kerja amal menyampaikan pesanan kepada mangsa yang berusia 43 tahun itu supaya terus kuat selain diiringi doa orang ramai.

KLIK UNTUK VIDEONYA

Bagi @tokmazara, dia meminta Jahidah untuk mengelipkan mata sekiranya faham apa yang cuba disampaikan sebelum terkedu dengan reaksi wanita terbabit.

“Jahidah beri respon dengan kenyit mata apa Tok Ma cakap. Allahuakbar, semoga Allah permudahkan segala urusan buatmu. Dah lama terlantar macam ni,” tulisnya dalam video itu.

Jika dilihat, Jahidah beberapa kali bertindak mengelipkan matanya seolah-olah memberi ‘jawapan’ kepada setiap pertanyaan diajukan sehingga mengundang sebak netizen.

Video berkenaan menerima 1.1 juta tontonan selain lebih 10,000 komen netizen dimana ramai tersentuh hati apabila melihat reaksi mangsa yang tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

Menangis tengok dia kelip mata

WhatsApp Image 2022 03 24 at 8.08.17 PM 768x797 1

Jatuh air mata jantan aku

Pada Mei tahun lalu, kisah Jahidah tular di media sosial apabila disyaki dipukul suaminya sehingga parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang selain rahang, tulang belakang serta rusuk mengalami retakan.

Sumber Dan Rujukan

OMM

Bacaan Doa untuk Kesembuhan Orang Sakit Sesuai Ajaran Nabi Muhammad SAW

Doa untuk Kesembuhan Orang Sakit

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umatnya saat ada sahabat yang jatuh sakit, senantiasa menjenguknya. Rasulullah SAW juga selalu membacakan doa untuk kesembuhan orang sakit. Tujuannya agar Allah SWT segera mengangkat penyakitnya serta memberikan kesembuhan pada orang sakit tersebut.

Salah satu doa untuk kesembuhan orang sakit yang dipanjatkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Artinya,: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,”

Doa untuk Orang Sakit Saat Ruqyah

Terdapat doa lainnya yang juga dipanjatkan oleh Nabi Muhammad SAW, khususnya saat sedang meruqyah salah seorang sahabat. Ruqyah merupakan sebuah proses penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Quran. Berikut doa untuk orang sakit yang dipanjatkan oleh Rasulullah SAW:

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta.

Artinya, “Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan-Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau,

Doa untuk Angkat Penyakit

Abu Dawud dan At-Tirmidzi juga meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW menganjurkan membaca doa berikut ini di hadapan orang sakit sebanyak 7 kali. Dengan doa ini, diharapkan Allah SWT segera mengangkat penyakit yang diderita orang tersebut. Berikut doa yang dianjurkan dibaca oleh Rasulullah SAW:

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As’alullāhal azhīma rabbal ‘arsyil ‘azhīmi an yassfiyaka.

Artinya, “Aku memohon kepada Allah yang agung, Tuhan arasy yang megah agar menyembuhkanmu,”

Rujukan By :Merdeka Com

Leave a Comment