Rahsia khusyuk Dalam Solat Dan Tanda Solat Yang khusyuk

Tanda Solat Yang Khusyuk

Bismillah, Rahsia khusyuk Dalam Solat – Khusyuk ialah tunduk dan berasa rendah diri dengan menumpukan fikiran, menenangkan hati dan anggota semasa solat semata-mata kerana Allah S.W.T.

Solat yang khusyuk adalah dengan Ihsan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Di antara perkara dunia yang membuatku senang ialah wanita dan minyak wangi serta dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.” (Riwayat anNasa’i)

Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”

Oleh kerana merekalah orang yang mewarisi syurga Firdaus sebagai habuannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Mereka itulah orang yang akan mewarisi, (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukminuun, ayat 10 dan 11)

Kita sering menganggap indikator solat yang khusyuk adalah ketika kita dapat solat hingga menangis tersedu-sedu atau durasi solatnya lama…

Padahal bukan itu tolak ukur solat kita khusyu. Namun, hasil dari solat itulah yang bisa membedakan khusyu atau tidaknya solat kita…

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(QS. Al-Ankabut:45)

Dalam ayat tersebut Allah Subhanahu Wata’ala telah menjelaskan bahwa sesungguhnya solat itu dapat menghindarkan kita dari perbuatan keji dan mungkar. Maka bila kita masih solat jalan maksiat jalan, itu shalat kita belum khusyuk. Karna belum bisa mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar tersebut…

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuh dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah dia adalah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rahsia khusyuk Dalam Solat Jaga Wudhuk

Imam Al Ghazali Rahimahullah pernah ditanya apa ciri solat yang khusyu,

Imam Al Ghazali menjawab “Tanda solat yang khusyuk adalah dari salam sampai takbir”

Lalu sang murid menjawab “Bukankah dari takbir hingga salam?”

Imam Al Ghazali pun menjelaskan “Tanda solat yang khusyu adalah tercegahnya sang pelaku Dari berbuat ke ji dan mung kar hingga ke solat berikutnya.

Jika subuhmu khusyu, mana antara subuh hingga dzuhur kau kan terjaga dari berbuat yang nista dan yang ja hat hingga tibanya waktu dzuhur. Begitu seterusnya.”

Jadi bila solat shubuh kita khusyu maka dari selepas salam solat shubuh hingga takbir solat dzuhur kita akan terhindar dari perbuatan ke ji dan mung kar, begitu seterusnya…

Wallahu A’lam Bishowab…

Baca juga: Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

Akhir Kata

Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Rujukan

Satupersinggahan

Leave a Comment