Puluhan Mangsa Maut Dan Cedera (Video) “Letupan Besar Hingga ‘Memusnahkan’ Kelab Malam”

Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Maut & Cedera

Azerbaijan – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan puluhan mangsa maut dan cedera, lapor Daily Star.Media tempatan melaporkan bahawa letupan yang berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bangunan kelab tersebut.

Namun, jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kejadian itu masih belum diketahui.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, keadaan di luar bangunan itu dilihat sangat huru-hara dan dipenuhi oleh mangsa yang cedera.Dalam satu video lain, kedengaran jeritan yang mengerikan datang dari kelab malam itu ketika orang awam cuba untuk mengosongkan bangunan tersebut.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat serta Kementerian Dalam Negeri Azerbaijan telah dipanggil ke tempat kejadian.

Maklumat awal mendapati bahawa letupan itu berpunca daripada kebocoran gas.Laporan terbaru menyatakan bahawa enam orang yang dilaporkan cedera telah dibawa ke hospital, manakala 25 lagi mangsa dibawa ke pusat kebakaran.

Sementara itu, puluhan ambulans telah dihantar ke kawasan itu di mana saksi berkata sekurang-kurangnya 20 orang cedera akibat letupan itu.Kementerian Kesihatan berkata maklumat lanjut mengenai insiden tersebut akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Menurut laporan TRTWorld, pihak berkuasa telah memaksa orang awam pulang dan tidak berada di kawasan kelab itu.Mereka bimbang jika letupan kedua akan tercetus atau sebarang situasi yang tidak terjangka berlaku.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber Dan Rujukan

Siakap Keli

Nasihat Untuk Mereka Yang Bermaksiat

uatu hari, ada seseorang yang menemui Ibrahim bin Adham. “Wahai Aba Ishak, selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong beri aku nasihat,” kata seseorang itu.

Dijawablah oleh Ibrahim,”Jika kamu mau menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh saja kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu penasaran bertanya,”Apa saja syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?”

Ibrahim mengatakan,”Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah janganlah memakan rezeki dari-Nya.” Lelaki itu terdiam. “Lalu aku makan dari mana, bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki dari Allah,”kata dia.

“Ya,”tegas Ibrahim.”Kalau kamu sudah memahaminya, masihkah pantas memakan rezeki-Nya, sementara kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya,”kata Aba Ishak.

Yang kedua, lanjut dia, kalau mau bermaksiat janganlah tinggal di bumi-Nya. Syarat ini kembali membuat lelaki itu terkejut bukan main. “Wahai Abdullah, pikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki dari-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar segala larang-Nya?

Lelaki tersebut mengiyakan perkataan Ibrahim.

Lalu syarat ketiga, kata Ibrahim, jika masih ingin bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya. Lagi-lagi, lelaki tersebut terdiam.

“Nasihat macam apa ini,”kata Lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bertanya apa syarat keempat. Jika malaikat mau datang mintalah dia menunda kedatanganya agar bisa bertobat dan beramal saleh.

“Mana mungkin malaikat mau memenuhi permohonanku,”kata lelaki tersebut bingung.

Syarat terakhir, kata Ibrahim, ketika malakat Zabaniyah datang hendak mau membawa ke neraka janganlah mau ikut bersamanya. “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat tersebut tidak membiarkan aku menolak kehendaknya,”kata Lelaki itu.

Pada akhirnya, lelaki itu sadar. Nasihat yang diberikan Ibrahim membuanya menangis. Air matanya bercucuran. “Mulai sekarang aku bertobat kepada Allah,”kata dia.

Sumber Dan Rujukan

Buku Pahala itu Mudah Via Republik

Leave a Comment