Puasa 2025 – Tarikh Puasa 2025

Bagi mereka yang ingin mengetahui tarikh permulaan puasa 2025, berikut adalah tarikh Ramadhan 2025.

Jakim Telah Sepakat Bahawa Tarikh Puasa 2025 dijangka bermula pada 2 Mac 2025, yang merupakan hari Ahad.

Tapi perlu kita tahu bahawa tarikh puasa 2025 tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Cara Penentuan Tarikh Puasa 2025

  • Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan hisab bermula dari tahun 1995 untuk menentukan tarikh bermulanya puasa.
  • Asas kepada kaedah Rukyah dan hisab yang digunakan di Malaysia adalah berpandukan kepada pendapat-pendapat ulama’ muktabar.
  • Rukyah (melihat anak bulan) dilaksanakan pada hari ke-29 setiap bulan, sebagai contoh, 29 Syaaban 1445H.
  • Jika hilal (anak bulan) tidak kelihatan, data hisab digunakan dengan merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui.
  • Jika kriteria tersebut dipenuhi, esoknya menjadi 1 Ramadan; jika tidak, esoknya digenapkan kepada 30 haribulan Syaaban.

Mengenai Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan kemulian ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam setiap tahun.

Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kalendar Islam (hijrah). Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan penuh dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa ini bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan segala bentuk perbuatan dosa.

Selain dari puasa, Ramadhan juga dipenuhi dengan amalan-amalan ibadah yang lain seperti sembahyang tarawih, solat sunat witr, membaca Al-Quran, memberi sedekah dan berzikir kepada Allah SWT. Ia adalah bulan di mana umat Islam dianjurkan untuk meningkatkan amalan ibadah mereka dan mempereratkan hubungan dengan Allah SWT.

Selain dari ibadah, Ramadhan juga mengajar umat Islam tentang nilai kesabaran, keikhlasan, dan ketaqwaan. Dengan puasa, umat Islam diajarkan untuk mengawal hawa nafsu dan menahan diri dari melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT. Melalui ibadah-ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, umat Islam diberi peluang untuk membersihkan dan menyucikan jiwa serta diri mereka.

Dengan berakhirnya bulan Ramadhan, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Hari ini adalah hari kegembiraan dan kebahagiaan di mana umat Islam bergembira dengan meraikan kemenangan mereka setelah berpuasa sebulan penuh.

Secara kesimpulannya, bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan, hikmah dan keberkatan bagi umat Islam. Ia adalah masa yang sesuai untuk meningkatkan amalan ibadah, memperbaiki diri serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, mari kita manfaatkan peluang yang ada dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.

Kalendar Islam 2025

Puasa 2025 - Tarikh Puasa 2025 4

Puasa 2025

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2025 (1446-1447H)

Puasa 2025 - Tarikh Puasa 2025 5

Puasa 2025

Baca Juga

Sumber