Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang

Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang – Sinar2u Nadia Ali

Sejak mengambil keputusan berhenti menyanyi sebaik sahaja mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1999, penyanyi bersuara serak basah, nama Nadia Ali terus menghilang dari dunia seni tanah air.

Pelantun lagu Salam Untuk Kekasih itu ketika aktif menyanyi sempat melahirkan tiga buah album sebelum diminta oleh bekas suaminya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

nadia salam untuk kekasih 1

Menariknya, lagu Salam Untuk Kekasih yang diterbitkan pada tahun 1996 yang mendapat sambutan hangat peminat digubah sepenuhnya oleh Nadia sendiri.

” Album pertama saya keluar pada tahun 1996 dan dalam masa dua tahun aktif menyanyi, saya sempat melahirkan tiga album sebelum terus berhenti selepas berkahwin.

” Sejak saya berhenti, saya memang tidak berhubung dengan mana-mana media sehingga sekarang,” ujarnya yang telah bercerai dengan suaminya selepas berkahwin hampir 11 tahun.

Masuk GV musim pertama

Pada tahun 2014, Nadia menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama.

Nadia ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu keempat.

nadia salam untuk kekasih 4

Bergelar pengusaha hotel

Sepanjang bergelar ibu tunggal, Nadia atau nama sebenarnya Zarina Mohd. Ali memberitahu, dia menguruskan motel miliknya yang terletak di Sipitang.

Timah’s Motel milik keluarganya itu terletak di kawasan pedalaman yang berhampiran dengan sempadan antara Brunei dan Sarawak.

Meneruskan bicara, sepanjang meninggalkan bidang seni suara, Nadia mengakui aktif menulis lirik dan sehingga kini, dia memiliki sejumlah lirik yang masih tidak diketahui siapa gerangan penyanyinya kelak.

” Walaupun saya berdiam diri, saya masih tetap mengarang lagu.

” Cuma kini saya fikir mahu mencari penyanyi yang boleh menyanyikan lagu-lagu saya.

” Saya memang tidak terfikir untuk menyanyi semula, tetapi ramai yang memberi cadangan agar saya sendiri yang membawakan lagu saya,” kata penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu.nadia salam untuk kekasih 3

Hidap penyakit strok

Terdahulu, Nadia Ali, 51, meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT masih memberi peluang untuknya hidup dan masih bernyawa.

Menurut Nadia, dia yang mengalami penyakit strok otak dan kritikal sejak enam bulan lalu tidak menyangka tahap kesihatannya semakin membaik dalam tempoh yang agak cepat.

” Masih saya ingat bagaimana ketika kejadian, saya berada dalam keadaan sihat sahaja.

” Masa itu sedang sibuk nak buat satu program untuk radio secara strim.

” Tiba-tiba saya tak boleh berdiri. Manakala otak dengan mulut tidak boleh berhubung. Nak cakap benda lain tapi yang keluar dimulut lain.

” Saya kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

” Alhamdulillah pemulihan saya sekarang sudah 80 peratus,” katanya.

Kongsi Nadia, menerusi apa yang terjadi, ia membuatkan dirinya nekad untuk tidak lagi mensia-siakan hidup selain mahu lebih mengutamakan kesihatan.

” Kali ini saya takkan mensia-siakan hidup dan nak jaga kesihatan sebaiknya.

” Sekarang ini, saya amat menjaga makan ubat kolesterol dan darah tinggi. Setiap bulan akan buat pemeriksaan doktor,”katanya.

nadia salam untuk kekasih 2

Dalam pada itu, Nadia juga memaklumkan bahawa dia kini sedang dalam rangka promosi untuk single terbarunya yang berjudul Insaf.

” Saya tak berniat mencari untung dari lagu ini kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada.

” Dengan rendah hati, saya berharap ia diterima Allah sebagai satu amal.

” Malah, saya fikir, kalau saya meninggal dunia semasa sakit sebelum ini, orang tak cuma ingat saya menerusi lagu Salam Untuk Kekasih, tetapi juga Insaf.

” Semoga lagu ini diterima Allah sebagai satu amalan,” katanya.

Untuk Info lagu Insaf tersebut merupakan lagu terbitan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Julfekar.

Sumber: utusan

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.