Pokok Senduduk (Manfaat Dan Rahsianya Untuk Kesihatan)

Pokok Senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang . Boleh tumbuh sehingga 3m tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm. Daunnya hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar.

Pokok senduduk biasanya ditemui hidup liar di kawasan terbiar.

TABIAT TUMBUHAN Pokok Senduduk

Pokok Senduduk ini boleh dibiak dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu , biji benih di tapak semaian akan cambah.

Pokok Senduduk ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Jarak tanaman yang sesuai ialah 2mx2m selain.

Penuaian dapat dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas tanaman.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN

Daun, pucuk dan akar

Pokok Senduduk ini sebenarnya digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, sebagai penawar kepada pelbagai penyakit antaranya:

  1. Cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.
  2. Masalah keputihan – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya
  3. Bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang
  4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.
  5. Rawatan selepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim
  6. Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.
  7. Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.
  8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang lain…

Sumber Dan Rujukan

https://www.forestry.gov.my/my/tumbuhan-ubatan/item/senduduk

Leave a Comment