Permohonan Matrikulasi 2024-2025 KPM Online

Berikut merupakan cara-cara Permohonan Matrikulasi 2024-2025, KPM sesi pengambilan 2024-2025 Online untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan:

Syarat Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Syarat asas permohonan ialah:

i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.

Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM:

i. Jurusan Sains

  • C Bahasa Melayu;
  • C Bahasa Inggeris;
  • B Matematik;
  • C Matematik Tambahan;
  • C Kimia
  • C Fizik atau Biologi dan
  • Lulus Sejarah

ii. Jurusan Kejuruteraan

  • C Bahasa Melayu;
  • C Bahasa Inggeris;
  • B Matematik;
  • C Matematik Tambahan;
  • C Fizik;
  • Lulus Kimia;
  • Lulus Sejarah dan
  • C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
    • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/
    • Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi
    • Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.

iii. Jurusan Perakaunan

  • C – Bahasa Melayu;
  • C – Bahasa Inggeris;
  • C – Matematik;
  • Lulus Sejarah dan
  • C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
    • Matematik Tambahan.

iv. Jurusan Perakaunan Profesional

  • C – Bahasa Melayu;
  • A- Bahasa Inggeris;
  • A – Matematik;
  • C – Matematik Tambahan;
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
    • Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Cara Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Permohonan Matrikulasi 2024-2025 KPM Online 6

Tarikh Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Permohonan Fasa 2 dibuka pada tarikh berikut:

  • Tarikh permohonan matrikulasi buka : 27 Mei 2024
  • Tarikh akhir permohonan matrikulasi : 31 Mei 2024

Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Permohonan Matrikulasi 2024-2025 KPM Online 7

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

TARIKH-TARIKH PENTING Permohonan Matrikulasi 2024-2025

  • Kemaskini Permohonan / baharu (27-31 Mei 2024)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Jun 2024)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2024)
  • Keputusan (Julai 2024)
  • Semakan Tawaran Fasa 2 (Ogos 2024)

RUJUK : Kalendar Akademik Program Matrikulasi

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar

Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester.

Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Sumber: Soalan Lazim Program Matrikulasi KPM 2022

Tarikh Pengambilan Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Berikut adalah tarikh tarikh penting Pengambilan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2024/2025:

Permohonan Matrikulasi 2024-2025 KPM Online 8

 

Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Tarikh Maklumat Penting
Jan – Dis 2024 Taklimat Promosi
15 Disember 2023 Permohonan Fasa 1 dibuka melalui : matrikulasi.moe.gov.my
31 Mac 2024 Permohonan Fasa 1 ditutup
27 – 31 Mei 2024 Permohonan Fasa 1 dibuka selama 5 hari
(selepas keputusan SPM diumumkan)
4 Jun 2024 Ujian aptitud
7 Jun 2024 Temu duga bagi pelajar yang mohon Jurusan JPPRO sahaja
Dijangka 20 Jun 2024 Hebahan Calon Jaya
*dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM
21 – 30 Jun 2024 Setuju terima/yuran pendaftaran (dalam talian)
30 Jun / 1 Julai 2024 Pendaftaran Pelajar Baharu (di kolej)
5 Julai 2024 Calon Jaya ambilan 2 (rayuan) dan pendaftaran pada 11/12 Julai 2024
9 Julai 2024 PdP bermula selepas MPPB

Baca Juga: APDM 2024 Login – Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Tarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Permohonan Matrikulasi 2024-2025

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan matrikulasi secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut:  matrikulasi.moe.gov.my

Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2024/2025 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks

Calon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my

Sumber ecentral