Pelakon Veteran Idris Md Diah Dijemput Ilahi Pada Hari Ini, innalillahiwainnailaihirojiun

Industri seni kehilangan seorang lagi pelakon yang cukuo disegani, Idris Md Diah yang dilaporkan M3nghembuskan N4fas T3rakhir di kediamannya di Putrajaya pada Isnin.

Mohd Idris bin Mohd Diah (1959 – 14 September 2020), sering dikreditkan sebagai Idris Mat Diah atau Idris Md Diah ialah pelakon lelaki Malaysia.Sepanjang kerjaya lakonan, beliau dikenali menerusi watak sebagai bapa dan datuk dalam kebanyakan drama lakonannya

Berita duka itu dikongsi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi satu posting di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

x 7

“FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga pelakon veteran berkaliber dan penggiat seni yang dihormati.“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah,”

Memetik laporan Kosmo! Online pula, pemergian pelakon berusia 61 tahun itu disahkan oleh anak saudara arwah, Nurul Nabihah Mod. Rizal.

x 8

“Benar bapa saudara saya Menghembuskan Nafas Terakhir awal pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Saya diberitahu tentang perkara tersebut pada pukul 3 pagi tadi,”

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 itu meninggal dunia.

x 9

J3nazah dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Zuhur.

Akhir Kata

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan-kalangan orang yang beriman,, Aamiin

Sumber : FINAS , Kosmo! Online via OMM Via Mediapotral

Leave a Comment