Penjelasan (Video) ‘Kenapa Doktor Haiwan Rawat Anjing Tak Pakai ‘Glove’….

 Ini Penjelasannya

Isu pegang anjing masih lagi menjadi perbualan hangat ketika ini meskipun sudah berulang kali diberi penjelasan oleh pakar atau ahli-ahli agama.

Ia sering berlaku kepada mereka yang bekerja dalam sektor yang berkaitan dengan haiwan seperti perladangan, kesihatan veterinar dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada juga isu yang timbul seperti mengapa doktor haiwan atau veterinar tidak menggunakan sarung tangan ketika merawat anjing.

Namun persoalan isu tersebut telah pun dijawab oleh seorang doktor haiwan, Dr. Ima menerusi satu perkongsiannya di media sosial baru-baru ini.

Di samping itu, beliau juga turut menerangkan bagaimana caranya untuk melakukan sertu setelah memegang haiwan tersebut, seperti mana yang digariskan dalam syara’.

Ikuti perkongsian beliau di bawah, semoga bermanfaat.

Hanya untuk menjelaskan kepada mereka yang bertanya, kenapa doktor haiwan tidak memakai sarung tangan ketika merawat anjing. Saya harap ini akan membuat anda faham.

Masih ada yang menjatuh hukum, kata pekerjaan doktor veterinar ni haram, sebab sentuh anjing. Disuruh cari kerja lain. Selagi hayat dikandung badan, selagi mampu, selagi larat, selagi tu lah, ulang jawab soalan yang berulang-ulang.

Orang tanya, “tak penat ke educate orang ni?”. Belum penat dan berharap tak penat. Ada juga yang bagi nasihat “tak payah layan orang macamtu, terangkan pun tak faham”.

Kalau ikutkan, memang malas layan, tapi saya tak boleh biarkan, rasa macam, kena juga ‘layan’. Kalau dia masih berbalah, nak bergaduh pasal isu ni walaupun lepas diterangkan, kita diam.

Percaya tak? Masih ada yang ingat kami ni akan bermandi lumpur dan selut selepas bergelumang dengan anjing selepas rawatan. Tidak! Sebabtu selama ni orang anggap nak sertu tu susah, leceh.

Kalau faham dan ambil tahu, tak susah sertu ni. Methodnya sama seperti kita guna air sabun. Tapi tukar dengan air bancuhan tanah atau produk yang mengandungi tanah. Bilas dengan air sebanyak 6x.

Janganlah senang sangat menjatuhkan hukum pada kami, sampai ada yang dah tahu kedudukan kami di neraka sebab buat kerja ni, Allahu.

Sebab kenapa dr haiwan tidak pakai sarung tangan ketika merawat anjing.

Pertama sekali adalah kerana kami perlu untuk mendapatkan kepercayaan anjing sebelum membuat sebarang prosedur (biar anjing hidu bau tangan untuk kenal), anjing rasa lebih selamat, selesa dan tidak rasa terancam.

Seterusnya pemeriksaan fizikal dengan menggunakan deria sentuhan yang dikurniakan untuk meraba seluruh badan anjing (haiwan lain pun sama prosedurnya).

Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti jika terdapat luka, benjolan, ketumbuhan pada kulit yang tidak nampak dengan mata kasar.

Untuk maklumat lanjut boleh tonton video yang telah kami sertakan di bawah.

KLIK UNTUK VIDEONYA

Sumber: Dr Ima Twitter & Tiktok Via Siakap Keli

Leave a Comment