Peniaga Boleh Didenda Hingga RM10,000 Bila Terdapat “Dawai Kokot Pada Bungkusan Makanan” Semak Sebabnya

Penggunaan dawai kokot pada bungkusan makanan sering diamalkan kebanyakan peniaga, ia mungkin juga bergantung pada struktur makanan itu sendiri.

Bazar sememangnya akan menjadi tarikan dan tumpuan utama di bulan Ramadan untuk kita membeli juadah berbuka puasa, malah orang bukan Islam juga turut hadir memeriahkan lagi suasana di sana.

Dalam sibuk memilih dan membeli juadah, sebagai pembeli, kita perlu juga perhatikan juadah-juadah yang dijual oleh peniaga kerana risau ada yang menggunakan bahan yang tidak sepatutnya.

Kerap kali terjadi kes berbahaya seperti penemuan benda-benda asing seperti gelang getah, batu, plastik dan sebagainya dalam makanan. Tidak kurang juga, dawai kokot atau lebih mudah dikenali sebagai ubat stapler pun tidak terkecuali.

Tidak dinafikan ada sesetengah jenis makanan akan dibungkus menggunakan dawai kokot, seperti bungkusan daun pisang pada kuih pulut panggang. Namun, sebenarnya kaedah tersebut boleh mengundang bahaya kepada individu.

Menerusi perkongsian dari Facebook seorang pegawai teknologi makanan, Sazly Tulih, beliau kongsikan akta jika peniaga menggunakan bahan yang berbahaya dan akan memudaratkan pembeli seperti penggunaan dawai kokot pada pulut panggang dan sebagainya.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah, moga ia boleh diambil sebagai iktibar kepada semua terutama para peniaga.

Drama Ramadan

“Kalau kau tak suka aku, kau hantar je santau,” jerit Syazwani Mokhtar pada Dinie.

278274151 5778737778820108 4320371268800282353 n

“Kenapa pulak, aku siap belanja kau berbuka dengan pulut panggang lagi, kenapa nak marah-marah sangat?” balas Dinie Adilah.

“Kenapa? pulut panggang ni la, aku rasa dawai kokot tersangkut kat tekak aku la, tolong,” rayu Syazwani.

Dah tahun 2022, masih ada lagi peniaga di bazar Ramadan yang tidak ambil kisah dengan penggunaan dawai kokot pada pembungkus makanan. BAHAYA!

Tahukah anda, jika sabit kesalahan dalam Akta Makanan 1983;

Hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Hukuman lebih berat jika bahan tersebut ditemui dalam makanan.

Sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan, hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya.

Perkongsian daripada Sazly ini sejajar dengan infografik daripada Bernama seperti yang tertera di bawah ini.

Difahamkan, peniaga makanan dinasihatkan untuk tidak menggunakan beberapa jenis alat pada bungkusan makanan iaitu paku, dawai kokot dan bahan seumpamanya yang berbahaya.

Dalam masa sama, hal ini turut pernah diperakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

“Penggunaan paku, dawai kokot atau bahan lain yang berbahaya pada pembungkusan makanan tidak sepatutnya berlaku kerana sejak sekian lama, terdapat pelbagai kaedah pembungkusan makanan terbukti selamat dan berkesan,” katanya, memetik infografik Bernama.

FQOF9YVVsAILpov

Jika anda mahu mengetahui pelbagai info menarik mengenai teknologi makanan, piawaian makanan mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh ikuti Sazly Tulih di laman Facebook miliknya.

Sumber: Sazly Tulih Via Siakap Keli

Leave a Comment