Pendarahan di paru-paru Nad Zainal sudah berhenti, bacaan oksigen juga 100

Pendarahan di paru-paru Nad Zainal sudah berhenti, bacaan oksigen juga 100

Perkembangan terkini pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan paru-paru.

Rakan-rakan artis dan juga kenalan tidak putus menitipkan doa kepada pelakon itu susulan dimaklumkan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Tunjuk perkembangan positif

Namun begitu, menerusi laporan dari Berita Harian, pemilik nama Farah Nadia Zainal itu menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan oksigennya sudah mencapai 100 peratus dan pendarahan di paru-paru turut sudah berhenti.

Beri tindak balas positif kepada ubat

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ungku Ismail dengan memaklumkan khabar baik ini. Ujarnya lagi, Nad telah menunjukkan tindakan balas positif kepada ubat yang diberikan.

“Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan.

“Satu lagi perkembangan positif, pendarahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering.

“Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan,” katanya.

Doktor bimbang keadaan buah pinggang

Walau bagaimanapun, Ungku Ismail menyatakan yang kini pihak doktor menyuarakan kebimbangan ada jangkitan di buah pinggangnya kerana mereka dapati seakan ada radang di organ tersebut.

“Cuma doktor bimbang kemungkinan ada jangkitan pada buah pinggang kerana mereka dapati radang pada organ berkenaan.

“Mereka menanti pakar buah pinggang untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Snapinsta.app 1080 315613591 171299915509079 7604950268201735293 n

Buat masa ini, pelakon tersebut masih dalam pemantauan doktor dan rakan gandingan Nad dalam drama Cina Buta itu memohon agar orang ramai supaya tidak berhenti untuk mendoakan kesembuhan selebriti yang juga ibu tunggal itu.

Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin) Via OMM

Leave a Comment