Padu Login – Daftar Dan Kemaskini Gov My Untuk Dapat Bantuan Kerajaan
Kerajaan Malaysia Madani telah melancarkan PADU LOGIN : Cara Daftar Padu Gov My Registration dan kemaskini sistem Padu secara online untuk B40, M40 dan T20.
Kerajaan telah melancarkan sistem PADU, Sistem Pangkalan Data Utama negara, menggalakkan rakyat Malaysia 18 tahun ke atas mendaftar untuk memastikan keadilan dalam pemberian subsidi, bantuan, dan perlindungan sosial.
PADU memainkan peranan utama dalam digitalisasi dan analitik negara.
Digital Mukmin akan kongsikan kepada anda cara untuk kemaskini data (registration) untuk sistem PADU ini.
Apa Itu Padu
Daftar PADU untuk apa? Jika anda daftar dan mengemaskini maklumat di portal PADU ini, sistem ini akan memastikan anda tidak terlepas menerima bantuan atau perlindungan sosial yang layak.
Tempoh tiga bulan untuk pengemaskinian maklumat Fasa 1 bagi membolehkan pihak kerajaan memproses data dan menentukan kelayakan individu bagi bantuan Kerajaan.
Cara Daftar PADU
Hanya 3 langkah mudah untuk anda daftar sistem PADU online ini, anda boleh rujuk gambar rajah di bawah :
- Sila layari portal http://www.padu.gov.my/.
- Tekan ‘DAFTAR’
- Isikan maklumat pendaftaran, nombor telefon dan email yang sah.
- Untuk pengesahan akaun, sila isi OTP anda.
- Tetapkan password kata laluan anda untuk proses log masuk.
Daftar PADU Manual
Untuk daftar dan kemaskini PADU secara manual, anda boleh daftar di Pejabat Daerah serta Pejabat Operasi. Sila bawa dokumen-dokumen berikut :
- Kad pengenalan & salinan
- Maklumat pekerjaan & pendapatan
- Maklumat komitmen ahli keluarga
- Pendidikan
- Maklumat Bank
Padu Login
Untuk login sistem PADU online, sila layari http://www.padu.gov.my/. Anda boleh daftar dan kemaskini di portal rasmi tersebut.
Terlupa Kata Laluan PADU
Untuk tetapkan semula kata laluan yang baru, sila klik di pautan sini.
- Masukkan No. Kad Pengenalan & No Telefon, Klik butang ‘Seterusnya’
- Masukkan OTP yang telah dihantar ke nombor telefon/ alamat e-mel anda
- Tukar kata laluan password yang baru.
Objektif & Matlamat Padu
Objektif Pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU):
1. Pangkalan Data Utama yang Selamat dan Komprehensif:
– Menyediakan pangkalan data negara yang selamat, komprehensif, dan “near real time” untuk digitalisasi dan analitik berkala.
2. Penggubalan Dasar dan Proses Keputusan Berpacukan Data:
– Membentuk dasar dan proses keputusan yang berlandaskan data untuk melibatkan pelaksanaan dasar secara bersasar dan seimbang fiskal.
Maklumat & Info Lanjut
Jika ada terdapat sebarang masalah seperti maklumat data tidak betul, tidak boleh buat pengesahanan, terlupa kata laluan atau lain-lain, anda boleh hubungi team PADU di talian berikut :
Matlamat Pengenalan Sistem PADU:
1. Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan:
– Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui penggunaan sistem data yang efisien.
2. Optimumkan Penggunaan Sumber:
– Mengoptimalkan penggunaan sumber yang terhad dengan menggunakan data secara bijak.
3. Perkasa Sistem Sosial dan Peningkatan Kesejahteraan Ekonomi:
– Memperkuatkan sistem sosial dengan meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan rakyat melalui analisis data yang tepat.
4. Merapatkan Jurang Sosioekonomi:
– Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat melalui dasar yang diambil berdasarkan data yang tersedia.
Pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diarahkan untuk mencapai objektif tertentu, termasuk penyediaan pangkalan data selamat, penggunaan data berdasarkan keputusan, dan pelaksanaan dasar yang bersifat berpacukan data. Matlamat pengenalan PADU melibatkan peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan, optimalisasi sumber, pemberdayaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi, dan merapatkan jurang sosioekonomi. Keseluruhannya, PADU bertujuan menyokong transformasi digital untuk meningkatkan efisiensi dan kesejahteraan masyarakat.
Baca Juga: PADU REGISTER 2024: Cara Login, REGISTER & Kemaskini (padu.gov.my)
Sumber: digitalmukmin