Pada Mulanya Dia Pandang Rendah, Selepas Melihat Sempurnanya Saf Umat Islam Di Makkah, Pemuda Nas rani Peluk Islam

Masuk Islam Kerana Terkejut Melihat Saf Di Mekkah

Dalam satu rancangan bertajuk ONE FAMILY di Majd Channel, yang di hoskan oleh Dr.Yahya Al Yahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil H4ram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

tawaf

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri mereka masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulai sholat?

Lelaki Amerika itu menjawab

” Sekurang-kurangnya 2-3 jam” ,

Sheikh itu berkata

” Tetapi Masjidil H4ram mempunyai 4 tingkat , ”

Lelaki itu menjawab

” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi.

” Kamu bayangkan bahwa mereka datang dari seluruh pelosuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulai sholat?” Lelaki Amerika itu menjawab” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk mengurus diri mereka sendiri agar berada dalam satu barisan untuk memulai sholat!!”

Dan ketika waktu sholat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah” Rapatkan Saf… “ Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil H4ram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim disana dalam sesaat telah tersusun rapi dalam barisan hanya beberapa kejap MATA.

Saf Solat Di Mekkah

saf solat di makkah

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak terdiam terpaku lalu beliau berkata bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger… (Aku bersaksi tiada Tuhan Selain Allah, dan Aku bersaksi Muhammad adalah utusanNya) Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya karena kerapihan shaf sholat saja , sudah dapat menarik perhatian penganut agama lain untuk teryakini dengan agama mulia ini…

Akhir Kata

Allahuakbar, itulah kehebatan dan keindahan islam yang mampu memukau dan membuka hati orang yang berfikir…  MashaAllah, Hidayah Milik Allah

Sumber Dan Rujukan

Islam the way of life

Leave a Comment