Orang Terkaya Di Malaysia – 10 Terkaya Di Malaysia (2024)

Orang Terkaya Di Malaysia – Artikel kali ini akan mendedahkan senarai orang terkaya di malaysia dari tempat 1 hingga tempat ke 30.

Berdasarkan perincian yang dikeluarkan oleh Forbes 2024, ini 10 senarai kumpulan Orang Terkaya Di Malaysia;

  1. Tan Sri Robert Kuok
  2. Tan Sri Quek Leng Chan
  3. Adik beradik Teh
  4. Lee Yeow Chor & Yeow Seng
  5. Koon Poh Keong & adik-beradik
  6. Ananda Krishnan
  7. Francis Yeoh & adik beradik
  8. Jeffrey Cheah
  9. Lim Kok Thay
  10. Chia Song Kun & keluarga

Orang Terkaya Di Malaysia

Sumber: Berita Harian

Di kedudukan kedua dengan nilai bersih AS$8.8 bilion ialah Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, yang mengekalkan kedudukan walaupun nilai bersihnya merosot daripada AS$10.2 bilion tahun lalu.

Kedudukan lima teratas menyaksikan beberapa perubahan dengan adik-beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan untuk berada di tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.4 bilion.

Menurut Forbes Asia, adik beradik Teh menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan harga dan permintaan untuk logam yang lemah menyebabkan nilai bersih mereka jatuh kepada AS$5.3 bilion daripada AS$5.8 bilion tahun lalu.

Sementara itu, antara senarai hartawan yang merekodkan untung paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradik yang mengalami peningkatan terbesar dalam kedua-dua nilai dolar dan terma peratusan.

Sementara itu, 3 orang Melayu yang tersenarai dalam 50 tempat teratas dalam Forbes ialah tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.

Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih, AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 milion (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 milion (RM3.2 bilion)

Buat pengetahuan umum, senarai ini dirangkumkan meliputi data pegangan saham serta status perolehan kewangan berasaskan laporan tahunan, bursa saham, individu, keluarga serta pengamatan penganalisis.

Senarai lengkap Orang Terkaya Di Malaysia boleh didapati di https://www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

Berikut adalah baki senarai 30 Orang Terkaya Di Malaysia yang diterbitkan oleh Forbes bagi tahun 2024 :

11) Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei : AS$1.7 bilion

12) G. Gnanalingam : AS$1.6 billion

13) Lau Cho Kun : AS$1.5 billion

14) Kuan Kam Hon & family : AS$1.35 billion

15) Syed Mokhtar AlBukhary : AS$1.3 billion

16) Yaw Teck Seng & Chee Ming : AS$1.25 billion

17) Lee Oi Hian & Hau Hian : AS$1.2 billion

18) Chen Family : AS$1.1 bilion

19) Surin Upatkoon : AS$1.05 bilion

20) Cheah Cheng Hye : AS$1 bilion

21) Lim Wee Chai : AS$950 juta

22) Lim Peng Cheong & Peng Jin : AS$885 juta

23) Tiong Hiew King & family : AS$870 juta

24) David Kong : AS$825 juta

25) Tan Eng Kee : AS$820 juta

26) Ninian Mogan Lourdenadin : AS$815 juta

27) Lim Kuang Sia & siblings : AS$785 juta

28) Syed Azman Syed Ibrahim : AS$765 juta

29) Vincent Tan : AS$730 juta

30) Wong Teek Son & family : AS$700 juta

itulah senarai 30 Orang Terkaya Di Malaysia, Semoga kita menjadi salah 1 dari mereka suatu hari nanti…

Baca Juga

Sumber

 

 


Shopee