Niat Jamak Takhir (Dengan Qasar) & Cara Menunaikannya
1. Solat Jamak Takhir bagi waktu Zohor – Asar
Solat jamak takhir bermaksud solat ini dilakukan dalam waktu akhir iaitu Waktu Asar. Oleh itu, solat akan dimulakan dengan solat Asar terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, boleh dimulakan mana-mana antara dua solat itu.
Cara menunaikannya seperti berikut:
1. Berniat mengerjakan solat fardhu Asar seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Asar:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ جَمَعَ تَأْخِيرً وَقَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Asar dua rakat (qasar). Selepas memberi salam, bangun semula untuk menunaikan solat Zohor.
2. Berniat mengerjakan solat fardhu Zohor seperti berikut:
Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Zohor:
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ جَمَعَ تَأْخِيرً وَقَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Zohor dua rakat (qasar). Selesai.
NOTA: Setelah masuk waktu zohor, jangan lupa berniat untuk mengerjakan solat fardhu Zohor di waktu Asar nanti. Anda boleh berniat seperti berikut: Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir pada waktu Asar.
Sekiranya anda tidak berniat untuk mengerjakan solat Zohor pada waktu Asar semasa masuk waktu Zohor, maka jamak takhir tersebut tidak sah kerana ia merupakan syarat sah jamak takhir. Jika terlupa berniat, anda tidak boleh menunaikan solat jamak takhir tetapi mesti melakukan qada solat Zohor dahulu.
2. Solat Jamak Takhir bagi waktu Maghrib – Isyak
Solat jamak takhir bermaksud solat ini dilakukan dalam waktu akhir iaitu Waktu Isyak. Oleh itu, solat akan dimulakan dengan solat Isyak terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, boleh dimulakan mana-mana antara dua solat itu.
Cara menunaikannya seperti berikut:
1. Berniat mengerjakan solat fardhu Isyak seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Isyak:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ جَمَعَ تَأْخِيرً وَقَصْرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat jamak ta’khir serta qasar kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Isyak dua rakat (qasar). Selepas memberi salam, bangun semula untuk menunaikan solat Maghrib.
2. Berniat mengerjakan solat fardhu Maghrib seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Maghrib:
أُصَلِّ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ جَمَعَ تَأْخِيرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Maghrib tiga rakaat. Selesai. – SOLAT MAGHRIB TIDAK BOLEH QASAR.
NOTA: Setelah masuk waktu Maghrib, jangan lupa berniat untuk mengerjakan solat fardhu Maghrib di waktu Isyak nanti. Anda boleh berniat seperti berikut: Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Maghrib jamak takhir pada waktu Isyak.
Sekiranya anda tidak berniat untuk mengerjakan solat Maghrib pada waktu Isyak semasa masuk waktu Maghrib, maka jamak takhir tersebut tidak sah kerana ia merupakan syarat sah jamak takhir. Jika terlupa berniat, anda tidak boleh menunaikan solat jamak takhir tetapi mesti melakukan qada solat Maghrib dahulu.
Niat Jamak Takhir (Tanpa Qasar) & Cara Menunaikannya
Bagi sesiapa yang mempunyai keuzuran yang memenuhi syarat ditetapkan , dia dibolehkan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.
Contoh keuzuran tersebut ialah:
- Doktor bedah yang bertugas
- Juruterbang dalam penerbangan yang panjang
- Berada dalam peperangan
- Sakit
- Hujan lebat, cuaca sejuk yang melampau, angin yang kencang dan jalan yang berbecak
- Ketakutan – takut akan keselamatan diri, maruah dan harta
- Semasa perlaksanaan haji di Arafah dan Muzdalifah
1. Solat Jamak Takhir bagi waktu Zohor – Asar
Cara menunaikannya seperti berikut:
1. Berniat mengerjakan solat fardhu Asar seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Asar:
اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ جَمَعَ تَأْخِيرً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Asar 4 rakaat seperti biasa. Selepas memberi salam, bangun semula untuk menunaikan solat Zohor.
2. Berniat mengerjakan solat fardhu Zohor seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Zohor:
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ جَمَعَ تَأْخِيرً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Zohor 4 rakaat seperti biasa. Selesai.
2. Solat Jamak Takhir bagi waktu Maghrib – Isyak
1. Berniat mengerjakan solat fardhu Isyak seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Isyak:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ جَمَعَ تَأْخِيرً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Isyak 4 rakaat seperti biasa. Selepas memberi salam, bangun semula untuk menunaikan solat Maghrib.
2. Berniat mengerjakan solat fardhu Maghrib seperti berikut:
>> Lafaz Niat Jamak Takhir fardhu Maghrib:
أُصَلِّ فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ جَمَعَ تَأْخِيرًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat jamak ta’khir kerana Allah Taala.
Menunaikan solat Maghrib tiga rakaat. Selesai.
Baca Juga
- Solat Jamak Dan Qasar ( Cara Dan Panduan Lengkap)
- Cara Jamak Zohor Dan Asar Berserta Dengan Niat Rumi
Sumber:
- AL-KAFI #1177 : HUKUM SOLAT JAMAK QASAR SEMASA MUSAFIR TANPA BERMALAM – Mufti Wilayah Persekutuan
- AL-KAFI #926 : PERKIRAAN HARI MASUK DAN HARI KELUAR DALAM HUKUM SOLAT MUSAFIR (JAMAK DAN QASAR) – Mufti Wilayah Persekutuan
- PERKONGSIAN ILMIAH : SYARAT – SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ & QASAR – Majlis Keselamatan Negara
- #1433: Solat Isyak Dahulu ketika Jamak Ta’khir – DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
- Ecentral