“Alhamdulillah Selepas 4 Tahun” Pernah Bantu Tampung Kos Rawatan ‘Nedim Nazri Teruja Bayi Hidap Ekzema Kritikal Dah Mula Sekolah’

Pernah bantu kos rawatan, Nedim Nazri syukur bayi hidap ekzema dah bersekolah

Suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri meluahkan keterujaan apabila bayi yang pernah dibantunya sebelum ini sudah pulih daripada ekzema kronik dan mula memasuki alam persekolahan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram baru-baru ini, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned memuat naik foto terbaru kanak-kanak bernama Adriana itu yang sudah mencecah usia empat tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

Menurut Nedim, sejak membiayai kos rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang, dia dan bapa Adriana iaitu Danial Rayyan saling menghubungi bagi mengetahui perkembangan mengenai kanak-kanak tersebut.

“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.

“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Adriana,” tulisnya.

Selain itu, Nedim turut meluahkan kesyukuran apabila mengetahui Adriana kini sudah memasuki prasekolah selain mendoakan agar segala urusan keluarga kanak-kanak tersebut dipermudahkan.

“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle doakankan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” katanya.

Pada 2018, Nedim yang juga anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil membantu Adriana termasuk membayar perbelanjaan hotel serta pengangkutan bagi ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan sepanjang proses rawatan.

Sumber Dan Rujukan

Oh My Media

Untuk pengetahuan pembaca, Nedim merupakan anak lelaki kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

  • Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan Jejaka berbintang Sagitarius ini.
  • Biodata Nedim Nazri
  • Nama Penuh: Mohamed Nedim Mohamed Nazri
  • Nama Komersil: Nedim / Boss Ned
  • Tarikh Lahir: 9 Disember 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Zodiak: Sagitarius
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Nora Danish
  • Kerjaya: Pegawai Khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Bendahari Pemuda UMNO Padang Rengas

Trivia Menarik Nedim Nazri

  1. Pernah berkahwin dengan wanita bernama Nabilah Khan (Bee Khan) pada tahun 2011 sebelum bercerai dua tahun kemudian.
  2. Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Nedrin (Dre) hasil perkahwinan terdahulu.
  3. Dilaporkan oleh media tempatan, Nedim dan Nora Danish mula intim sejak 2013 dan kedua-duanya juga tidak pernah berselindung tentang hubungan yang terjalin.
  4. Hubungan mereka juga pernah dilaporkan putus seketika sekitar Ogos 2015.
  5. Nora Danish menyifatkan suaminya sebagai seorang yang baik hati, penyayang, bertanggungjawab, sensitif, kelakar dan bergaya.
  6. Nedim mempunyai lebih 500,000 pengikut di Instagram miliknya.

Rujukan BY : Azhan

Leave a Comment