Natizen Minta Isteri Polis Hati” ‘Sebab Cuci Baju Suami Ada Duit Tersembunyi

Malaysia

Para isteri pasti pernah mengalami situasi menemukan duit di poket seluar ataupun baju suami ketika membasuh pakaian. Biasanya, duit tersebut akan disimpan oleh isteri dan secara automatik menjadi hak milik mereka.

Selalunya duit yang diperoleh adalah baki dari membeli barang seperti wang kertas Rm1.00 ataupun duit syiling.

Suka cuci uniform suami sebab jumpa duit

Namun berbeza dengan perkongsian seorang wanita apabila membuat konten di TikTok memaklumkan suka membasuh uniform suaminya kerana akan memperoleh wang tunai yang banyak dan menjadi simpanannya.

vIRAL

Hal tersebut dikongsikan di TikTok dan dimuat naik semula satu akaun Twitter dikenali sebagai @MOFASAD_ dan menjadi bualan ramai.

Isteri saja2 masukkan duit untuk buat konten kot

Ramai yang tertanya-tanya mengapa begitu banyak duit yang diperoleh wanita tersebut ketika membasuh uniform polis suaminya sehingga ada yang meminta wanita itu supaya berhati-hati dengan konten yang dibuat.

Ia bukan hanya mendatangkan kemusykilan ramai bahkan boleh mengundang fitnah terhadap apa yang diperoleh lebih-lebih lagi melihat jumlah duit yang dijumpai ketika mencuci uniform suaminya.

Jangan salah sangka

Walau bagaimanapun, ada netizen yang telah tampil menjelaskan hal sebenar dan mendakwa bahawa suami kepada wanita tersebut hanya seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Individu berkenaan meminta orang ramai supaya berhenti meninggalkan fitnah berhubung video yang dimuat naik oleh isteri anggota polis tersebut kerana apa yang dituduh oleh netizen di media sosial sama sekali tidak benar.

Sumber Dan Rujukan

Oh My Media

Leave a Comment