MyCPD 2.0 : Login & Semakan (mycpd2.moh.gov.my)

Continuing Professional Development (MyCPD 2.0) ialah satu program pembelajaran berterusan yang sistematik yang bertujuan untuk menyumbang kepada pertambahan kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk setiap pegawai dalam bidang masing-masing.

Melalui sistem MyCPD KKM 2.0 ini, staf KKM akan dapat menguruskan mata CPD dengan lebih senang dan sistematik dengan mengikuti seminar, kursus dan latihan yang menawarkan mata CPD tersebut secara tidak langsung ianya menggalakkan setiap staf KKM berusaha untuk tambah ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

Cara Daftar myCPD 2.0

Adakah anda pertama kali menggunakannya

Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftara akaun myCPD KKM:

  1. Layari laman myCPD di alamat https://www.mycpd2.moh.gov.my/
  2. Perhatikan kotak pada sebelah kiri dan atas di tab User
  3. Klik “Bahasa Melayu” sekiranya anda ingin menukar ke bahasa Melayu
  4. Klik pada tulisan “Daftar” (atau “Register” dalam bahasa Inggeris
  5. Pilih kategori anda daripada 4 kategori yang disenaraikan:
    • Daftar Pengguna (Sektor Awam)
    • Daftar Pengguna (Sektor Swasta)
    • Daftar Provider (Sektor Awam)
    • Daftar Provider (Sektor Swasta)
  6. Anda akan dibawa ke halaman “Borang Pendaftaran Pengguna Baru”
  7. Lengkapkan segala butiran yang diminta
  8. Klik butang Hantar
  9. Emel pengesahan pendaftaran akan dihantar kepada anda sekiranya permohonan anda telah diterima oleh sistem myCPD KKM

Cara Login MyCPD 2.0

Cara login lebih kurang sahaja langkah-langkah ketika melakukan pendaftaran.

  1. Layari laman my CPD_2.0 KKM
  2. Sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
  3. Pilih Bahasa Melayu atau English.
  4. Masukkan ID Pengguna atau Nama Pengguna.
  5. Isikan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  6. Tekan Masuk.
  7. Selesai.

Jika tedapat masalah pendaftaran dan login, sila hubungi unit CPD di talian berikut : mailto:mycpd@moh.gov.my

Baca Juga: