“Menantu & Besan Sehingga Akhir Hay4t Kami” – Patimah Ismail

Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah Liyana masih mendapat layanan yang sungguh istimewa daripada ibu dan bapa mentuanya, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam meskipun sudah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof.

Sehingga akhir hayat

Screenshot 2024 04 12 at 9

Terbaru, Patimah kelihatan memuat naik foto bersama Sarah dan keluarganya yang datang beraya di rumah. Lebih mencuri tumpuan, Patimah turut menulis kapsyen ‘menantu dan besan sehingga akhir hayat kami’.

Kapsyen tersebut menggambarkan bahawa apa yang berlaku sekali pun, hubungan di antara mereka tidak akan putus.

Terdahulu, Patimah meraih perhatian apabila memuat naik gambar dirinya dan suami bersama ibu dan bapa Puteri Sarah iaitu Paridah Puteh dan Megat Kamaruddin di Instagram (IG).

Menerusi hantaran tersebut, mereka berempat dilihat keluar berbuka puasa bersama-sama di sebuah hotel di ibu kota.

Menurut Patimah, dia dan suami akan terus menjaga hubungan bersama besan mereka itu demi kedua cucu mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sumber:Sinar Viral Network